CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1608|Reply: 0

Selebriti hollywood dengan bayaran iklan termahal dunia

[Copy link]
Post time 17-9-2021 04:45 PM | Show all posts |Read mode


Ramai selebriti ternama hollywood mempunyai tarif bayaran iklan bagi setiap posting yang mereka lakukan di media sosial, dan sekali posting saja mencecah nilai berjuta-juta ringgit.

Dengan jumlah pengikut yang ramai dan populariti yang kuat, jadi tidak hairanlah bayaran pengiklanan di media sosial para selebriti hollywood mencecah beratus ribu hingga berjuta betul tak?

Nak tahu siapakah elebriti hollywood dengan bayaran iklan termahal dunia, jom lihat di bawah.

#1 Dwayne Johnson RM4.2 Juta



Jangan terkejut dengan nilai ini kerana memang sekali posting saja di media sosialnya, inilah tarif bayaran yang perlu dibayar oleh mana-mana pihak yang mahukan Dwayne endorse sebarang produk mereka di akaun media sosialnya.

#2 Kylie Jenner RM4.1 Juta


Model, usahawan dan influencer terkenal ini juga, mengenakan bayaran pengiklanan yang mahal dengan harga sekitar $986 ribu USD atau RM4.1 juta bagi sekali posting di akaun media sosialnya.

#3 Cristiano Ronaldo RM3.7 Juta



Pemain bola sepak dunia ini juga mengenakan bayaran pengiklanan yang ditinggi dengan sekitar $899 ribu USD atau RM3.7 juta, bagi sekali posting iklan di akaun media sosialnya.

#4 Selena Gomez RM3.5 Juta


Penyanyi jelita ini juga bukan biasa-biasa bayaran yang dikenakan bagi sekali posting di media sosialnya, sekurang-kurangnya mana-mana syarikat yang ingin Selena Gomez posting produk mereka di media sosialnya perlu membayar sekitar $848 ribu USD atau RM3.5 juta.

#5 Beyonce RM3.2 Juta


Pelatun lagu ‘Halo’ ini juga mengenakan tarif bayaran pengiklanan yang tinggi bagi sekali posting di akaun media sosialnya, lebih kurang sekitar $770 ribu USD atau RM3.2 juta perlu dibayar jika mahu Beyonce posting di media sosialnya.

#6 Justin Bieber RM3.1 Juta



Penyanyi kacak dan berbakat ini juga mengenakan bayaran yang mahal bagi sekali posting di media sosialnya, lebih kurang $747 ribu USD atau RM3.1 juta perlu dibayar jika ingin Justin Bieber posting mana-mana jenama atau produk di akaunnya.

#7 Taylor Swift RM3 Juta



Pelatun lagu popular ‘Love Story’ ini juga sama seperti rakan selebritinya yang lain, mengenakan bayaran yang tinggi untuk sebarang pengiklanan di media sosialnya. Mana-mana syarikat perlu membayar sekitar $722 ribu USD atau RM3 juta bagi sekali posting di akaun media sosialnya.

Sumber:https://murai.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.040658 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list