View: 2348|Reply: 8
|
Beto Kusyairy Masih ‘Cuak’ Nak Kerja Sebab Ada Antivaksin Penting Diri
[Copy link]
|
|
Kes jangkitan Covid-19 yang masih tinggi dalam negara sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan kepada pelakon Beto Kusyairy yang perlu kembali ke set penggambaran.
Beto, 41, bagaimanapun berkata, dia terpaksa keluar mencari rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup dan membiasakan diri dengan kewujudan virus Covid-19.
Kredit foto: Kosmo
"Sejujurnya kerisauan itu tetap ada... tapi nak tak nak kita kena biasakan diri dengan situasi sekarang yang virus ni tak akan pergi mana-mana.
"Kita kena hidup dengan virus ini tapi dalam masa sama siapkan diri kita, berjaga-jaga dan berdisiplin ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk mengelakkan diri daripada jangkitan.
"Nak tak nak inilah kerjaya kami, saya sendiri tak reti nak buat benda lain, ini sahaja yang saya tahu buat dan mampu buat. Jadi mahu tak mahu kita kena berdamai dengan virus ini," katanya kepada mStar semasa sidang media drama terbaharu, Penghulu Interim yang diadakan secara maya, baru-baru ini.
Memikirkan soal kesihatan dan keselamatan keluarga, Beto berkata dia memilih untuk bekerja dengan produksi yang mengutamakan SOP termasuklah pengambilan vaksin Covid-19.
Beto (tengah) bersama pelakon drama Penghulu Interim Nadiya Nisaa (kiri) dan Dayang Areeda.
"Saya mempunyai orang tua dan anak-anak kecil di rumah jadi lebih baik mencegah daripada mengubati. Itulah yang saya lakukan selagi saya termampu.
"Individu antivaksin harus sedar, mereka bekerja dalam kelompok yang ramai jadi jika tidak percaya dengan sesuatu, jangan sampai menyusahkan orang lain. Apabila menjadi pembawa, kita akan membabitkan orang lain.
"Individu sudah lengkap vaksin tetap boleh dijangkiti dan apabila pulang ke rumah, (boleh) berjangkit pula pada keluarga. Puncanya sebab individu antivaksin yang mementingkan diri. Bagi saya, perkara ini tidak adil," katanya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
konspirator kata antivac pun mati juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia duk ngn mak pak n adik badik ke? Ada budak2 kecik kat umah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bak x nak kena berdepan jugak dgn benda ni.. kalau simpanan dlm bank banyak boleh lah nak takut itu ini.. tp yg kais pagi makan pagi kena keluar bekerja juga.. jumpa org ramai hari2. Yg termampu jaga sop je lah.. vaksin pun sudah.. selebihnya tawakal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apo pulak punca dr org yg tak vaksin? Dh mmg KKM pn mengaku kata yg dh vaksin pn blh dijangkiti & menjangkiti. DG KKM pn ckp yg virus varian delta blh tumbuh kat dlm lobang hidung org yg dh vaksin. KKM jgk ckp org yg dh vaksin blh carry viral load yg sama byk dgn yg tak vaksin.
98% yg dijangkiti kategori 1&2.
Yg penting jaga SOP. Kalau kau cucuk berjota dos pn tp SOP kelaut tetap blh dijangkiti jgk.
Amalkan etika batuk & bersin dgn betul. Kerapkan basuh tgn. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak bagi keje memekak dari sini sampai Nepal nun, dah bagi keje adeeer jer masalah lain. Retis kat sini macam benak ya amat, merempan jer keje suruh orang lain solve kan masalah depa |
|
|
|
|
|
|
|
--sebenarnya orang dah vaksin tak perlu takut dgn antivac, sbb orang yg belom vac, kalau kena covid dia pasti show symptons
--chances nak dapat covid antara vaxxed and non vaxxed sama je, its just that vaxxed kalau kena shows no sympton or very minimal
--masalahnya kat sini vaxxed akan jadi silent carier , jadi bahaya utk kanak kanak , unvaxxed, org tua dan orang yg imuniti rendah
|
|
|
|
|
|
|
|
Rotisserie replied at 14-9-2021 07:11 PM
Apo pulak punca dr org yg tak vaksin? Dh mmg KKM pn mengaku kata yg dh vaksin pn blh dijangkiti & me ...
kan...kkm juga yg ckp chances nak sebarkan covid 50-50 juga bg yg dah vaksin ataupun tidak..bodo je beto ni, orang camni la yg suka mengamalkan diskriminasi. ko kje relax2 sudahla, ada yg tak vaksin tp sihat takkan ko nak cakap depa pembawa covid pula.. |
|
|
|
|
|
|
|
kerja jelaaa
dah vaksin kan
lainlah apak kaya tinggal harta 7 keturunan habis tak makan ala2 jep ekzos |
|
|
|
|
|
|
| |
|