CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7833|Reply: 33

Doa Pendek Penyembuh Sakit.

[Copy link]
Post time 14-9-2021 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Catpaw at 14-9-2021 01:45 PM

Buka Youtube terjumpa doa syifa' ni. Tatal kat bahagian komen ternampak ada yang kongsikan cara dia buat sebagai penyembuh.


Allahhummarobbana siazd hibilbaksa, Ishfiantassyafi,

La syifa a illa (3x) Syifa u ka,    Syifa alla yurhodirusakoma (2x)


Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkanlah kesakitan, sembuhkanlah, Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan dariMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Saya kongsikan ya.
1. Sediakan secawan air kosong.
2. Baca Al-Fatihah 1x.
2. Baca doa ni 7x.
3. Mintalah pada Allah SWT sesungguh hati mohon kesembuhan di tempat sakit tu, jika untuk orang lain sebutlah nama dia.
4. Selawat kepada kekasihNya 3x (Allahhummasolliala saiyidina muhammad waala ali saiyidina muhammad.)
5. Minum.

Buatlah beberapa kali sehingga sembuh.
Berikhtiar, semoga sesiapa yang sakit diberi kesembuhan amin...

Semoga orang yang berkongsi kebaikan ini mendapat ganjaran sebaik-baiknya, saya tolong panjangkan sahaja.

Boleh dengar Bazli UNIC alunkan doa ni sambil ikut, terbuai2 rasanya sedap dia baca.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg amalkn doa ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq share.. Da dengar kat YouTube.. Lunak sungguh.. Semoga diberi kesembuhan pada yang sakit.. Aamiin2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 14-9-2021 08:07 AM
Aku mmg amalkn doa ni..

Alhamdulillah, saya baru tau doa syifa' yang ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ease replied at 14-9-2021 08:18 AM
Tq share.. Da dengar kat YouTube.. Lunak sungguh.. Semoga diberi kesembuhan pada yang sakit.. Aamiin ...

Sama2, sedap dengar dia bacasambil2 ikut. semoga beri kesembuhan pada sesiapa yang sakit amin...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 14-9-2021 04:22 PM
Alhamdulillah, saya baru tau doa syifa' yang ni.

Aku jumpa doa ni 3 tahun lps, masa tu aku sakit dlm sebulan, aku google jumpa doa ni..hari2 amalkn..lps bbrp kali jumpa doktor alhamdullilah sakit biasa je yg dah sembuh skrg ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-9-2021 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 14-9-2021 08:41 AM
Aku jumpa doa ni 3 tahun lps, masa tu aku sakit dlm sebulan, aku google jumpa doa ni..hari2 amalkn ...

Alhamdulillah sis. Moga pengalaman sis bawa manfaat pada semua
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq sharing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2021 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
tentiu tt

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
tq catpaw.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
lilac85 replied at 14-9-2021 12:16 PM
Tq sharing

Welcome, moga bermafaat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 14-9-2021 12:22 PM
tentiu tt

Welcome, selamat mencuba
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 14-9-2021 01:12 PM
tq catpaw.....

Welcome, selamat beramal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 09:50 PM | Show all posts


Jom dengarkan, sambil2 turut alunkan


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan.

1) Adakah baginda Rasullullah s.a.w pernah sakit? Apakah ada doa khusus perbuatan baginda Rasullullah untuk urusan berkenaan?
2) Adakah ada para nabi yg sakit, lalu apakah ada doa syifa utk urusan itu?

Saja bertanya, boleh kot?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 10:33 PM | Show all posts
SenangMaju replied at 14-9-2021 02:26 PM
Soalan.

1) Adakah baginda Rasullullah s.a.w pernah sakit? Apakah ada doa khusus perbuatan baginda ...



Salam senangmaju.

Boleh je tanya. Saya tak ahli dalam bidang ni. Cuma ada baca dan tengok kat medsos tentang hal ni.

1.Rasulullah SAW pernah sakit, baginda pernah diracun, pernah juga disihir. Masa sampai waktu wafat juga baginda sakit. Selain itu masa berperang juga baginda pernah luka, tertusuk senjata di wajah dan lain2 lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2021 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan tambahan.

Ada orang, sakit kena kanser (contohnya), punya mintak doa, ikhtiar menerusi perubatan medis terkini, tetiba Allah s.w.t sembuhkan penyakitnya, menerusi amal2 yg soleh. Soalnya, adakah ada maksud syifa selain diri yg mendoakan atau orang lain yg mendoakan atas amal2 soleh yg dilakukannya itu terhadap orang lain?

Ada orang sakit kena kanser (contohnya), tak pernah mintak doa pun, tapi sembuh menerusi ikhtiar pengubatan medis sahaja.

Dan pelbagai lagi....

Soalnya kini, yang mengizinkan semua itu berlaku itu siapa? Atas tujuan apa? Adakah menambahkan ramai yg beriman atau mematikan Iman?

Renung2kanlah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 14-9-2021 10:33 PM
Salam senangmaju.

Boleh je tanya. Saya tak ahli dalam bidang ni. Cuma ada baca dan tengok k ...

Ermsss, kalau ada doa2 tu, kongsi sahaja, berserta sand hadis ya. TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 10:44 PM | Show all posts
Edited by Catpaw at 14-9-2021 02:45 PM

Ni antara sumber tentang amalan Rasulullah bila sakit @senangmaju

Dari Abdurrahman bin Saibanak saudara Maimunah Al-Hilaliyah radhiyallahu ‘anha bahawasanya Maimunah bertanya kepadanya, “Wahai anak saudaraku, maukah apabila aku bacakan kepadamu doa kesembuhan yang biasa dibaca oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa salam?” Abdurrahman menjawab, “Tentu.” Maimunah berkata:


بِسْمِ اللهِ أَرْقِيكَ، وَاللهُ يَشْفِيكَ، مِنْ كُلِّ دَاءٍ فِيكَ، أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ

“Dengan nama Allah aku membacakan doa kesembuhan untukmu, Allah-lah Yang menyembuhkanmu, dari segala penyakit yang ada padamu. Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia dan berilah kesembuhan, sesungguhnya Engkau adalah Maha Menyembuhkan, tidak ada yang mampu memberi kesembuhan kecuali Engkau.”(HR. Ahmad no. 26281, An-Nasai dalam As-Sunan Al-Kubra no. 10860, Ibnu Hibban no. 6095, Ath-Thahawi dalam Syarh Ma’ani Al-Atsar, 4/329 dan Ath-Thabarani dalam Al-Mu’jam Al-Awsath no. 3318. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth berkata: Hadits ini shahih li-ghairi)

Doa Ketiga

Membacakan surat Al-Falaq, An-Nas, Al-Fatihah atau doa-doa perlindungan lainnya dan mengusapkannya ke anggota badan yang sakit

عَنْ عَائِشَةَ: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اشْتَكَى يَقْرَأُ عَلَى نَفْسِهِ بِالْمُعَوِّذَاتِ، وَيَنْفُثُ، فَلَمَّا اشْتَدَّ وَجَعُهُ كُنْتُ أَقْرَأُ عَلَيْهِ، وَأَمْسَحُ عَنْهُ بِيَدِهِ، رَجَاءَ بَرَكَتِهَا»

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Jika Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa salam sedang sakit, maka baginda membacakan untuk dirinya sendiri al-mu’awwidzat (surat-surat Al-Qur’an dan doa-doa perlindungan) lalu meniupkannya pada diri baginda sendiri. Namun ketika sakit baginda telah parah, sayalah yang membacakan al-mu’awwidzat untuk baginda, lalu saya (tiupkan bacaan tersebut ke tangan baginda dan) usapkan tangan baginda ke badan baginda, dengan mengharap keberkahan tangan baginda.”(HR. Muslim no. 2192)

Catatan: Surah Al-Falaq dan surah An-Nas disebut al-mu’awwidzatain (dua surah yang menjadi doa perlindungan). Seorang sahabat juga pernah menyembuhkan kepala suku yang terkena sengatan hewan berbisa dengan bacaan Al-Fatihah, seperti disebutkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu. Dalam hadis shahih disebutkan:

عَنْ عَائِشَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ، نَفَثَ فِي كَفَّيْهِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَبِالْمُعَوِّذَتَيْنِ جَمِيعًا، ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا وَجْهَهُ، وَمَا بَلَغَتْ يَدَاهُ مِنْ جَسَدِهِ» قَالَتْ عَائِشَةُ: «فَلَمَّا اشْتَكَى كَانَ يَأْمُرُنِي أَنْ أَفْعَلَ ذَلِكَ بِهِ»

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Jika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa salam berbaring di tempat tidurnya untuk tidur, maka baginda membaca surah Al-Ikhlas dan dua surah Al-Mu’awidzatain (Al-Falaq dan An-Nas) lalu meniupkannya kepada kedua telapak tangan baginda, lalu baginda mengusapkan kedua telapak tangannya ke wajahnya dan seluruh anggota badannya yang boleh dijangkau dengan kedua tangannya. Tatkala baginda sakit teruk, maka baginda memerintahkan kepadaku untuk melakukan hal itu bagi baginda.”(HR. Bukhari no. 5748)

Doa Keempat

Dari Utsman bin Abil Ash Ats-Tsaqafi radhiyallahu ‘anhu bahawasanya ia mengadukan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa salam penyakit yang ia alami sejak ia masuk Islam. Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa salam bersabda kepadanya:

«ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ، وَقُلْ بِاسْمِ اللهِ ثَلَاثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ»

Maksudnya, “Letakkan tanganmu pada bagian tubuhmu yang sakit, kemudian bacalah bismillah (dengan nama Allah) sebanyak tiga kali, lalu bacalah doa berikut ini sebanyak tujuh kali:

أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

“Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan (penyakit) yang aku dapatkan dan aku khawatirkan.”
Utsman bin Abul Ash Ats-Tsaqafi berkata: “Aku pun mengerjakan pesan Nabi SAW tersebut sehingga Allah menghilangkan penyakitku. Maka aku senantiasa memerintahkan pesan tersebut kepada keluargaku dan orang-orang lain.” (HR. Muslim no. 2202, Abu Daud no. 3891, Tirmidzi no. 2080, An-Nasai dalam As-Sunan Al-Kubra no. 7546, Ahmad no. 16268 dan Ibnu Hibban no. 2965)
Wallahu a’lam bish-shawab. Semoga bermanfaat.



https://www.islamituindah.my/doa ... emulihkan-penyakit/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 10:56 PM | Show all posts
SenangMaju replied at 14-9-2021 02:26 PM
Soalan.

1) Adakah baginda Rasullullah s.a.w pernah sakit? Apakah ada doa khusus perbuatan baginda ...



Berbicara tentang nabi yang sakit, tak dapat tidak mesti kita akan teringat akan Nabi Ayub yang diuji dengan penyakit pada tubuhnya.

Ketika masa berjalan demikian lama, isterinya berkata: “Wahai Ayyub, sekiranya engkau berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan kelapangan bagimu.”
Nabi Ayyub AS menjawab: “Aku telah menjalani hidup dengan sihat selama tujuh puluh tahun. Sangat sedikit sekali bagi Allah bila aku bersabar untuk menghadapi ujian ini selama tujuh puluh tahun.” Si isteri tersentak mendengar ungkapan Nabi Ayyub AS. Si isteri juga pernah bekerja kepada orang lain untuk mendapatkan upah, serta memberi makan Nabi Ayyub AS dengan upahnya. Kemudian, orang ramai tidak mengambilnya bekerja setelah mengetahui bahawa dia adalah isteri Nabi Ayyub AS. Mereka risau tersebar penyakitnya apabila bergaul dengan isterinya. Apabila dia tidak lagi menemui orang yang mahu mengambilnya bekerja, lalu dia menjual salah satu tocang rambutnya kepada anak-anak perempuan ternama untuk membeli makanan yang baik dan banyak. Dia membawanya kepada Nabi Ayyub AS. Nabi Ayyub AS lalu bertanya: “Dari manakah engkau mendapatkan makanan-makanan ini?” Nabi Ayyub AS tidak mahu makan sebelum diberitahu asal makanan tersebut. Si isteri menjawab: “Aku bekerja dengan orang.”
Keesokan harinya, si isteri sekali lagi tidak berjaya menemui seseorang yang mahu mengambilnya bekerja. Akhirnya dia menjual tocang rambutnya yang kedua untuk membeli makanan dan memberikannya kepada Nabi Ayyub AS. Baginda menolak dan tidak mahu makan sebelum diberitahu dari mana asal makanan-makanan tersebut. Si isteri pun membuka tudungnya. Tatkala Nabi Ayyub AS melihat kepala isterinya telah botak, Nabi Ayyub AS berdoa sepertimana firman Allah SWT:
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
(Surah al-Anbiya’: 83)


https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2914-al-kafi-979-sakit-nabi-ayyub-as


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.097879 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list