|
Sejak konflik dengan balu abangnya, Abam Bocey, namanya dipandang hina di mata masyarakat.
Ada saja tuduhan atau fitnah dilemparkan terhadapnya terutama berhubung soal harta arwah abangnya. Lebih parah, dia juga difitnah makan harta anak yatim.
Kredit foto: IG
Tohmahan demi tohmahan, dah macam 'watak antagonis' melihat situasi Ali Puteh sekarang.
"Tak sangka ramai fikir begitu walhal saya tak pernah pun buat seperti yang dituduh. Baru-baru ini, bila saya muat naik gambar di kebun durian, orang kata saya seronok guna duit arwah abang, di mana logiknya itu? Mereka yang cakap itu ada bukti tak? Saya pelik dengan netizen sekarang, terlalu mudah menulis ikut rasa dalam media sosial dan gemar mencari masalah.
"Mana mereka tahu saya guna duit arwah? Saya tak tipu, memang saya cari individu yang lemparkan fitnah itu. Saya berjaya dapat nombor telefonnya dan apabila dihubungi , tiba-tiba dia kata nombor telefon itu untuk urusan bisnes dan milik saudaranya. Bila saya tekankan untuk berjumpa, seolah berdalih.
"Saya tak minta banyak, cuma nak minta orang yang lempar fitnah sebegini sertakan bukti, kalau betul apa yang mereka tuduh itulah. Disebabkan saya tahu diri tak bersalah, maka tiada masalah bersemuka dengan orang macam ini," katanya kepada Utusan.
Kredit foto: IG
Dia juga memberi bayangan bahawa dia menyesal menawarkan diri untuk mengambil alih urusan pembahagian harta peninggalan arwah.
"Kalaulah saya tahu akan jadi macam ini, saya tak akan menawarkan diri untuk uruskan hal ini. Tapi Allah SWT lebih tahu. Macam saya katakan, biarlah kebenaran terungkai dengan sendirinya," ujarnya.
Tegas Ali, biarpun pelawak sering menghiburkan orang ramai, namun mereka juga ada perasaan jika dirinya diperkotak-katikkan hingga keluarga terkena tempiasnya.
Kredit foto: IG
"Maaf, saya artis yang baca komen dan akan cari setiap orang yang cuba mencipta masalah dengan saya. Jadi jangan cuba-cuba tabur fitnah tak berasas," tegasnya.
Takkanlah Ali tak boleh marah langsung kalau dah macam-macam penghinaan dilemparkan kepadanya dan keluarga kan? - CARI |
|