View: 2652|Reply: 9
|
[Dunia]
Kapal kontena terbesar dunia berlabuh di Britain
[Copy link]
|
|
Saiz kapal ini bersamaan dengan empat buah padang bola sepak dengan panjang 400 meter dan lebar 61.5 meter. - Peter Macdiarmid/LNP
Kapal kontena terbesar dunia berlabuh di Britain
LONDON – Sebuah kapal kontena terbesar di dunia yang menyamai saiz empat padang bola sepak tiba di Pelabuhan Felixstowe, Suffolk, lapor akhbar Metro UK.
Kapal yang diberi nama Ever Ace itu adalah milik syarikat sama yang memiliki Ever Given. Kapal Ever Given mencetuskan insiden Terusan Suez tersekat pada Mac lalu.
Ketibaan Ever Ace sangat dinanti-nantikan apabila lebih 100 pekerja pelabuhan mengerumuni kawasan pelabuhan sebaik sahaja ia memasuki muara Sungai Orwell awal pagi kelmarin.
Tiada maklumat tepat tentang isi kontena yang dibawa oleh Ever Ace namun dipercayai majoriti barangan tersebut adalah produk yang dihasilkan di Asia Timur.
Kapal itu dijadualkan meneruskan perjalanan ke bandar Hamburg, Jerman lusa.
Empat bot tunda terpaksa digunakan untuk membantu Ever Ace berlabuh di ruangan yang disediakan dengan mengambil masa satu jam.
Kapal seberat 235,579 tan itu dibina tahun lalu untuk syarikat perkapalan berpangkalan di Taiwan, Evergreen Marine. Ever Ace memiliki panjang 400 meter dengan lebar 61.5 meter.
Kapal berdaftar di Panama itu boleh memuatkan 23,992 buah kontena iaitu melebihi 26 kontena berbanding kapal kontena terbesar sebelumnya, HMM Algeciras.
Jika kargo Ever Ace perlu diangkut menggunakan pesawat, sebanyak 1,400 jet jumbo diperlukan untuk menerbangkannya. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Berapa jam nak unload tu ? |
|
|
|
|
|
|
|
besarnya..yg ni ke yg sebesar 4 biji padang bola tu |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh buat world cup laa atas tu...4game serentak |
|
|
|
|
|
|
|
time pandemik ni memang sesuai buat world cup atas kapal
|
|
|
|
|
|
|
|
400m hampir sepanjang KLCC. Kapal terbesar pernah dibina ialah oil tanker yang panjang sikit dari KLCC tapi sekarang dah scrap. Saya biasa naik oil tanker hampir 400m panjangnya, memang besar kalau kita tinjau dari bridge. Helicopter pun nampak macam mainan saja landing atas helipad kapal. |
|
|
|
|
|
|
|
Supersirap replied at 14-9-2021 11:23 AM
time pandemik ni memang sesuai buat world cup atas kapal
Kann elak penonton datang...hahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 15-9-2021 12:50 AM
tak boleh sebab kapal kontena bukan ada deck luas macam kapal persiaran, dia berlubang badan kapal tu sampai ke bawah untuk sumbat kontena secara bertingkat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 15-9-2021 12:49 AM
tak boleh sebab kapal kontena bukan ada deck luas macam kapal persiaran, dia berlubang badan kapal ...
Tau...penah tengok diorang tunjuk cane dlm kapal kontena tu...cara susun kontena pe semua...
Saje membongak sbb kata sebesar 4pdg bola kannn |
|
|
|
|
|
|
| |
|