CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1893|Reply: 13

Suami Bengang Isteri Banyak Cakap, Hentak Kepala Ke Dinding Sebelum Mati

[Copy link]
Post time 9-9-2021 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Kaherah: Tidak tahan banyak bercakap, seorang lelaki Mesir didakwa membunuh isterinya di depan anak mereka.


Gulf News melaporkan, lelaki itu menghentak kepala isterinya ke dinding beberapa kali sehingga mangsa tidak sedarkan diri di depan tiga anak mereka.


Menurut polis tempatan, lelaki itu mengaku membunuh isterinya dan mendakwa melakukannya kerana wanita itu banyak bercakap.


Laporan media mengatakan pada hari kejadian, pertengkaran mulut bertukar panas apabila lelaki itu menyerang isterinya dan menghentak kepala mangsa ke dinding beberapa kali.




Gambar Hiasan




Keesokan pagi, lelaki itu meninggalkan rumah untuk bekerja dan membiarkan isterinya di dalam bilik dan menyangka dia tidur.


Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, dia menerima panggilan telefon daripada anaknya yang memberitahu si ibu meninggal dunia dan dia bergegas pulang ke rumah.


"Kami membangunkannya, tetapi ibu sudah tidak bernyawa," kata anaknya.


Suspek membawa isterinya ke hospital tetapi mangsa gagal diselamatkan.


Bagaimanapun, laporan perubatan menunjukkan sebab kematian akibat hentakan kuat dan beberapa lebam di badan sebelum kes itu dirujuk kepada polis.


Siasatan menunjukkan berlaku pertengkaran mulut membabitkan pasangan itu mengenai keluarga.


Bagaimanapun, dia mengaku membunuh isterinya secara tidak sengaja kerana wanita itu banyak bercakap. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2021 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
membebel...membebel............
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
iols kagum dengan pompuan kaki bebel as dont have the same energy..tak letih ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 12:30 PM | Show all posts
MeghanK replied at 9-9-2021 12:22 PM
iols kagum dengan pompuan kaki bebel as dont have the same energy..tak letih ke

makn bercakap makin byk energy nya.
seolah tersampuk kena rasuk.
tips utk org yg mendengar buat bodoh ja. masuk tlinga kanan keluar tlinga kiri.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah terbaca org yg byk membebel ni sbnrnya sbb byk benda fikir dlm otak dia. Kalau tak luah mcm satu beban. Blh menyebabkan alzheimer ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 9-9-2021 12:30 PM
makn bercakap makin byk energy nya.
seolah tersampuk kena rasuk.
tips utk org yg mendengar buat  ...

iols perasan yang kaki bebel ni habis dia ungkit semua yang tak berkait..kena pulak yang mendengar tu cepat panas tu yang jadi macam2 kena pukul bagai kan dah duk provok camtu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2021 12:59 PM | Show all posts
MeghanK replied at 9-9-2021 12:45 PM
iols perasan yang kaki bebel ni habis dia ungkit semua yang tak berkait..kena pulak yang mendengar ...

betul la tu benda 4 tahun lepas tetiba dia korek, padahal 2 tahun sudah pun dia dah korek juga.
mmg kena buat pekak je kalau berhadapan org kuat bebel.
seolah air empangan naik, kalau tak buka empangan, boleh pecah. so buka je awal2 bg dia lalu.


Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 01:11 PM | Show all posts
time becinta dulu okay je tapi..
isteri2 makin lama makin teruk bebel nonstop sebab diorang tau husband2 diorang tak balas balik/ berani nak hentak mcm ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2021 01:14 PM | Show all posts
mungkin jenis suara nyaring, high pitch menjerit-jerit

sejam dua membebel bagi dia rilek je
kita yang dengar la bingit telinga. kadang2 berdesing

macam tsunami dia punya bebelan tu. takde belas kasihan kat orang yang mendengar
asalkan dia puas

tapi tu la, lidah setajam pisau
terlajak perahu, boleh diundur,
terlajak kata, buruk padahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 02:54 PM | Show all posts
aku yang perempuan ni pon bingit weyh dgr bebel..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 03:03 PM | Show all posts
Tak suka sangat bini tu, ko lepaskanlah dia. Apa jadahnya pi bunuh dia?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
takde ucap takziah kt arwah..semua ckp psl bebel
takziah ..pasni take note yach acik porem jgn bebel kt laki..buat mogok jah..kalau sentap xyah masak..duk diam lyn kpop
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sian anaknya, mak meninggal, ayah ke dalam
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
danggggg
kalau sampai hentak2 tu macam mana laa sheol bebel kan...
1000k words per minute
Pitching, tones lagi
kesian anak2 terpaksa tengok semua tu
takziah diucapkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.215791 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list