CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1697|Reply: 4

[Tempatan] Pusat latihan berkuda percuma pertama di Malaysia. Hanya infakkan beras dan mak

[Copy link]
Post time 9-9-2021 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Pusat latihan berkuda percuma pertama di Malaysia

https://www.utusan.com.my/terkin ... ertama-di-malaysia/

Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
9 September 2021, 9:15 am


JALIJAH Awang Kenit (berdiri) sentiasa menemani dan memberi tunjuk ajar cara pengendalian kuda kepada pengunjung yang datang ke kandangnya di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor. - FOTO/MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI

PETALING JAYA: Hanya berinfakkan beras dan makanan haiwan atau keperluan asas, masyarakat kini boleh mempelajari teknik serta sukan berkuda yang sebelum ini dianggap untuk golongan kaya.

Pengasas Pertubuhan Kebajikan Darul Jariyah, Jalijah Awang Kenit berkata, semua lapan ekor kuda miliknya digunakan sepenuhnya untuk kebajikan dan bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Malah katanya, kandang kuda miliknya yang terletak di Bukit Sentosa, Rawang turut digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar tahfiz dan masyarakat setempat mencuba aktiviti riadah berkenaan.

“Kami adalah satu-satunya pusat latihan berkuda percuma pertama di Malaysia. Jika ada yang nak bayar juga mereka boleh sedekahkan barangan keperluan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan bantuan.

“Apa yang penting inisiatif ini dibuat bagi memberi peluang kepada semua untuk merasai pengalaman berkuda. Dalam masa sama saya mahu galakkan masyarakat membuat aktiviti kebajikan dan mencintai haiwan.

“Saya turut menyasarkan dalam tempoh 10 tahun akan datang sukan berkuda bukan sesuatu yang asing kepada penduduk setempat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Selain sumbangan kebajikan, persatuan ini turut menjalankan pelbagai aktiviti seperti menyalurkan bantuan mangsa banjir dan kepada mana-mana individu yang terkesan terutama akibat Covid-19 serta pasar percuma untuk golongan fakir miskin.

Menurut Jalijah, bagi mengurangkan kos penjagaan haiwan tersebut, dia membuka peluang kepada sesiapa sahaja terutama pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantunya menguruskan haiwan terbabit.

“Tanggungjawab menjaga kuda ini bukan dilakukan saya seorang sahaja tetapi bersama NGO) dan wakil perseorangan daripada pelbagai pihak. Mereka secara tidak langsung dapat mempelajari segalanya tentang kuda.

“Malah, kami turut mempunyai zoo mini yang boleh dikunjungi pada bila-bila masa secara percuma,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, saluran bantuan kebajikan atau keperluan barangan asas boleh dibuat menerusi akaun Maybank Tabung Kebajikan Darul Jariyah 562076509343. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2021 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow. Mcm best jer
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm best tp seram la..buatnya kuda tu agresif..pernah tgk citer turki kuda melompat lompat lari..
kalau ada tkg ajar ok la...tp aritu i dah naik kuda ..merry go round tu khenzz namanya kat icity..awal thn lps before pkp
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 11:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 03:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas 3 bulan tutop ler nanti tuww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.205045 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list