CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1034|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPDNHEP Pulau Pinang siasat isu kenaikan harga ayam

[Copy link]
Post time 8-9-2021 07:42 PM | Show all posts |Read mode
KPDNHEP Pulau Pinang siasat isu kenaikan harga ayam[size=0.8]Oleh Zuhainy Zulkiffli - September 8, 2021 @ 7:21pmbhnews@bh.com.my


Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghapar. - NSTP/MIKAIL ONG



BAYAN LEPAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengeluarkan tiga notis kepada peniaga dan pembekal ayam di Nibong Tebal, untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi membantu siasatan mengenai isu kenaikan harga ayam ketika ini.

Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghapar, berkata pihaknya sudah mengesan kenaikan harga ayam sejak Ogos lalu.

Beliau berkata, harga ayam paling tinggi dikesan ialah RM10.30 sekilogram, manakala terendah ialah RM5.99 sekilogram.

"Kita mendapati berlaku sedikit kenaikan harga dan telah bertindak pantas untuk mendapatkan maklumat daripada pembekal serta peniaga sebelum tindakan lanjut diambil.

"Tujuan notis itu dikeluarkan ialah kita mahu mengesan rantaian serta alasan mereka menjual pada harga tinggi, dan perkara ini masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, KPDNHEP Pulau Pinang menjalankan sebanyak 1,632 pemeriksaan pematuhan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Hasil pemeriksaan berkenaan berjaya mengesan 45 kes kesalahan membabitkan kompaun berjumlah RM269,000.

Antara kesalahan dikesan ialah gagal mengimbas aplikasi MySejahtera dan gagal mempamerkan had kemasukan pelanggan pada pintu masuk premis, termasuk restoran serta kedai dobi.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.047833 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list