CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 6 Oktober 2021)

  [Copy link]
Post time 28-9-2021 01:42 PM | Show all posts
huh! gempak lah damm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 02:43 PM | Show all posts
saspen cite uppa tu

moga bro damm diberi kelapangan utk sambung episod seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 05:34 PM | Show all posts
wah... bestnya... nanti sambung ya
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 11:35 PM | Show all posts
Janin? Adakah dijadikan anak kerak?Kisah ni macam kisah tamar jalis. Cucu ikut datuk.

Anyway, sebut uppa duk terbayang 'uppa' korean guy

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 02:39 PM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 18-9-2021 03:37 PM
member my mom masa muda2 dulu penah beli kain batik berpenunggu..ada orang dtg berjual kain batik(du ...

sama macam arwah mak saya....beli kain batik dekat satu makcik nie...
saya ingat lagi masa tu dalam darjah dua tiga..tiap kali makcik jual kain tu datang
saya mmg lari jauh sbb takut tengok muka dia...
alih2 kain batik last yg dia juai kat mak saya rupanya dia lepaskan belaan dia...
teruk jugak mak saya meracau tiap2 malam...berubat dua tiga bulan baru ok...
lepas pada tu tak ada dah makcik tu mai juai kain.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 08:52 AM | Show all posts
wah bes citer kali ni..

saya pernah tengok org berubat kena buatan orang.. memamng kesian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2021 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 28-9-2021 11:35 PM
Janin? Adakah dijadikan anak kerak?Kisah ni macam kisah tamar jalis. Cucu ikut datuk.

Anyway, seb ...


Ingatkan iols jer baca sambil rasa seram tak jadi terbayangkan muka Korean actor tengah mengubat
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik nye uppa. Wlaupun baca cerita je tapi rase tenang dengan peribadi dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
trexxxxxi replied at 16-9-2021 10:40 AM
Thanks for the update Dam



Yeayyyyyyy. Lama tggu benang ni. Thanks sis sbb berkongsi info.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
as_iszn replied at 29-9-2021 02:39 PM
sama macam arwah mak saya....beli kain batik dekat satu makcik nie...
saya ingat lagi masa tu dal ...

Tergamaknya buat naya kat org gitu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 01:49 PM | Show all posts
as_iszn replied at 29-9-2021 02:39 PM
sama macam arwah mak saya....beli kain batik dekat satu makcik nie...
saya ingat lagi masa tu dal ...

lebih kurang cerita i, dedulu ada makcik2 ygdtg umah  beli pakaian terpakai, bundle la klu skrg ni
ada sorg tu muka nya semcm n suka tgk my sis, ada sekali tu mata cik tu melilau ja, my sis tak berani turun sekali tu sbb takut
mak cik tu mcm frust tak dpt tgk my sis, sekejap ja lps tu my sis sakit tp i tak ingat sakit mcm mana
ingat mak ckp sakit mak cik tu hantar sesuatu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 06:00 PM | Show all posts
wah....ada sambungan..tq dammerung
teringat cerita tamar jalis ikut atuknya pergi berubat
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 11:17 AM | Show all posts
Tunggu sambungan cerita Uppa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 12:38 PM | Show all posts
huhuhu ksian budak tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2021 03:16 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 6-10-2021 03:28 PM

Kes 3/2021 - Himpunan Kisah Dari India [Pengalaman Bersama Uppa] - Bahagian II


Perlahan uppa berjalan ke katil dan berbaring. Salah satu tangan disilang ke dahi. Nafas turun naik. Sepanjang Said menemani uppa, tak pernah dia lihat atuknya keletihan sebegitu rupa. Walaupun nampak macam senang kerja merawat, setakat baca surah-surah Al-Quran tetapi sebenarnya makan banyak tenaga dalaman. Sedangkan kerja pejabat menghadap komputer pun boleh keletihan, inikan cuba menghalau iblis dalam badan manusia.

“Allah, Allah, Allah” uppa menyebut berulang-ulang dan Said naik risau. Dia cuba mengurut tangan dan kaki atuknya. Tapi dia tak bertanya apa, kerana dia tahu uppa tak suka orang banyak tanya kalau dia lagi sedang berehat.

“Cu, kalau aku dah tak ada nanti, kau janganlah sambung kerja aku merawat orang ni” kata uppa tiba-tiba.

“Berehat je pa” balas Said pendek. Dalam hati terdetik rasa bahawa hayat uppa sudah hendak sampai ke penghujung.

Berehatlah pasangan atuk dan cucu di pondok kecil terletak di belakang rumah banglo. Lebih kurang selepas Isyak, pintu diketuk.

Salah seorang anak perempuan tuan rumah meminta mereka datang ke rumah kerana ada kecemasan.

Tanpa membuang masa pergilah mereka ke rumah utama. Tiba di ruang utama,Said lihat isteri tuan rumah sedang mencangkung. Rambutnya mengerbang sambil menyeringai macam orang gila.

Tuan rumah dengan muka cemas menyambut kehadiran uppa. Dimaklumkan setelah sesi rawatan pertama, kelakuan isteri berubah. Tak bercakap langsung dan hanya berbaring di bilik. Cuma keluar bilik pada waktu makan malam dan itupun wajah pucat lesi dengan jalan terhoyong-hayang.

Di meja makan, isteri tiba-tiba meracau hingga berguling-guling atas lantai. Rambut dicarik-carik sambil menjerit...

“Lepaskan aku! Lepaskan aku!” hingga mencakar-cakar muka.

Isteri tuan rumah pengsan. Dibawa ke ruang tamu dan dibaringkan atas sofa sementara anaknya pergi mendapatkan uppa.

Tengah anak-anak meratap ibu mereka, mata isteri tuan rumah terbuntang dan terus bangkit. Dilibas-libas tangan hingga ada yang terpelanting terkena tamparan.

Terlompat si isteri seperti kangaru dari satu sofa ke sofa lain dan kemudian mendarat di lantai. Dengan gaya seperti katak, kepala isteri tertoleh kiri dan kanan.

Uppa minta sebekas air. Setelah dapat bekas air tersebut, Said ingat uppa nak bacakan sesuatu ke air tersebut, tetapi uppa pergi ke ruang utama dan perlahan meletakkan bekas air di kaki isteri tuan rumah.

“Kau hauskan? Kau minumlah air tu” kata uppa.

Said kata, isteri tuan rumah melahap air dari bekas itu seperti anjing kehausan. Uppa duduk bersila sambil melihat wanita dihadapan menjilat-jilat air dalam bekas.

“Aku dah bagi kau minum, kau mesti jawab pertanyaan aku” kata uppa.

Kepala isteri tuan rumah menggeleng. Uppa menarik bekas air dan sembunyi dibelakangnya. Uppa keluarkan sapu tangan dan tutup muka isteri tuan rumah.

Isteri tuan rumah menangis di sebalik sapu tangan di wajah. Isteri tuan rumah seperti berusaha untuk membuang sapu tangan tapi tangannya seolah-olah terpaku ke lantai.

“Aku tanya sekali lagi. Bila aku bertanya kau mesti jawab. Faham? Kau nak minum tak? Kau haus kan?” soal uppa lagi.

Isteri tuan rumah mengangguk perlahan. Uppa mengalihkan sapu tangan dan wanita itu kembali menjilat air dalam bekas.

Uppa meletak semula bekas air di hadapan isteri tuan rumah. Sambil isteri tuan rumah ralit membasahkan tekaknya, uppa memulakan soal siasat.

“Dah berapa lama kau hinggap badan perempuan ini?”

“3 hari” jawab isteri tuan rumah pendek.

“Kenapa kau rasuk dia?”

“Baji suruh” jawapan isteri tuan rumah mengundang pandangan sesama mereka di kalangan ahli keluarga tuan rumah.

“Tuan kenal ke dengan Baji?” tanya uppa kepada tuan rumah yang hanya dibalas dengan gelengan.

Uppa mengalihkan pandangan ke anak-anak tuan rumah dan seperti bapa mereka, memaklumkan bahawa mereka tak kenal siapa itu ‘Baji’.

“Apa tujuan Baji hantar kau dan yang lain menganggu keluarga ni?” tanya uppa.

“Dendam”

Mulut uppa terkumat-kamit membaca sesuatu dan menghembus ke ubun-ubun kepala isteri tuan rumah. Tergolek wanita separuh abad itu ke lantai tak sedarkan diri.

Uppa bangun dan pergi ke arah tuan rumah. Tangan diletakkan ke bahu dan mempelawa untuk duduk di meja makan berhampiran.

“Gangguan ni takkan selesai dengan rawatan saya. Hanya tuan yang dapat selesaikan masalah ni” jelas uppa.

“Saya tak paham. Apa maksud Tuan Haji?”

“Ada orang amat berdendam dengan tuan. Sihir dihantar dengan niat untuk mengancam nyawa. Kalau ada tahu sesiapa yang pernah terasa hati dengan tuan, pergilah minta maaf dan selesaikan cara baik” terang uppa kepada tuan rumah.

Tuan rumah menyeka peluh yang merecik di dahi. Pandangannya tertumpu ke lantai. Sekali-sekala dia mengurut-ngurut pangkal hidung.

Bingkas tuan rumah bangun meninggalkan uppa dan menuju ke telefon rumah. Buku kecil dalam laci berhampiran dikeluarkan dan uppa menghubungi salah satu nombor.

“Aku minta maaf kalau aku ada buat salah dan kalau berhutang, tolong beritahu dan aku akan bayar semuanya”

Itulah dialog bagi setiap panggilan dilakukan. Ada dalam bahasa Tamil, Urdu, Hindi, Bengali, Telugu, ada juga dalam Bahasa Inggeris selain dari Malayalam, iaitu bahasa utama di Kerala.

Ramai betul musuh tuan rumah ini kata Said dalam hati.

Tuan rumah merupakan saudagar minyak. Pada dekad 80an, negara-negara teluk kecil seperti Arab Emiriyah (UAE), Kuwait, Bahrain dan Qatar hanya mempunyai padang pasir dan jauh berbeza dengan sekarang. Perang Iran – Iraq yang meletus ketika itu memberi kesan kepada ekonomi negara-negara teluk kecil ini. Demi merancakkan ekonomi dan juga meningkatkan kekayaan negara, sultan dan emir berpakat untuk mengeksport hasil negara mereka iaitu minyak dengan harga amat kompetitif.

Maka ramailah warga-warga India mula mengambil kesempatan ini untuk membina empayar perniagaan mereka dengan berdagang minyak yang diseludup masuk ke India. Tambahan pula pergolakan politik berterusan di India membuatkan pihak-pihak berkuasa mengambil kesempatan dengan terlibat sama dalam aktiviti penyeludupan minyak dari negara teluk.

Seperti biasalah, bila buat bisnes tak betul, maka banyaklah risiko. Deposit-deposit dari pembeli yang bernilai berjuta-juta dollar tidak dipulangkan semula oleh tuan rumah apabila pihak berkuasa mula mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti penyeludupan.

Demi keselamatan, tuan rumah mengupah mafia-mafia untuk mengugut pembeli-pembeli yang tak putus-putus meminta kembali wang mereka.

Cara undang-undang tak jalan, cara belas kasihan pun tak berkesan maka ramailah bertindak menggunakan cara ilmu hitam. Kata Said sekitar dekad 80an, ramai tukang sihir atau bomoh / dukun / pawang di India yang jadi jutawan hasil dari perkhidmatan mereka.

“Business is good and you either get rich or die trying” bak kata penyair terkenal lima puluh sen.

Uppa sepatutnya dah jadi jutawan dengan perkhidmatan ditawarkan tapi disebabkan atuk Said itu hanya mempunyai niat ikhlas untuk menolong, dia tak dapat satu sen pun dari ilmu yang di praktikkan.

Setelah ikut uppa merawat, baru lah Said faham bahawa kekayaan tidak bererti kebahagiaan. Kebanyakkan pesakit uppa adalah orang kaya. Harta bertimbun pun masih hidup dalam ketakutan, sentiasa diancam dan sebagainya. Baik hidup sederhana macam uppa, sekadar cukup makan, minum, tempat tinggal dan boleh hantar anak cucu ke sekolah dan universiti.

Selesai melakukan panggilan terakhir, tuan rumah pergi ke uppa lalu memeluknya. Sambil menangis dia merayu supaya menghentikan penyeksaan terhadap anak dan isteri. Uppa mengeluh sambil menyatakan dia akan cuba sebaik mungkin.

Uppa minta segelas air. Kemudian dia mendekati isteri tuan rumah yang masih tidak sedarkan diri sedang terbaring di sofa.

Said duduk bersila di lantai sebelah uppa dan atuknya membaca sesuatu lalu menghembus gelas air yang dipegang.

Uppa minta anak-anak perempuan tuan rumah untuk tolong dudukkan ibu mereka. Setelah itu uppa mencelup hujung jari-jemari tangan kanan ke permukaan air dan merenjis-renjis ke muka isteri tuan rumah.

Wanita itu kemudiannya terbatuk-batuk dan terjeluat. Dengan mata hitam sudah hilang di sebalik kelopak mata yang berair, leher isteri tuan rumah mengembang. Terkejut Said hingga menutup mulut dengan tangan melihat akan objek hitam tersembul dimulut sedang ternganga dan dimuntahkan seuncang kain hitam ke lantai. Seorang anak tuan rumah sampai pitam.

“JANGAN USIK” herdik uppa kepada Said yang teruja cuba membuka ikatan uncang tersebut.

Uppa mengeluarkan sapu tangan dan menutup uncang. Gelas air dihulur ke anak perempuan dan disuruh untuk dituang ke dalam mulut ibu mereka.

Berhati-hati uppa menekup uncang yang sudah diselubung sapu tangan dan bawa ke luar halaman rumah.

Uppa menyuruh Said mengambil kotak mancis dan pelita dari pondok mereka. Ditengah laman, uppa membuka ikatan dengan perlahan dan menggunakan ranting kayu, mengeluarkan isi dalamnya.

Seikat rambut, sisa-sisa kuku yang dipotong dan beberapa cebisan kain pelbagai warna diselerakkan atas sapu tangan uppa. Sekali lagi uppa mengeluh lalu melihat ke arah tuan rumah yang melihat mereka dari anjung rumah.

Said tak perlu tanya kerana dia tahu apa maksud isi uncang dimuntahkan isteri tuan rumah. Bahan-bahan itu tak lain dan tak bukan adalah dari rambut dan kuku isteri tuan rumah, manakala cebisan kain adalah dari pakaian-pakaian yang baru lepas dipakai dan belum dicuci.

Hanya dengan mempunyai akses kepada privasi keluarga tuan rumah, bahan-bahan itu boleh diperolehi dan tak perlu susah-susah berteka-teki bahawa anak dan isteri tuan rumah telah disihir oleh orang yang biasa keluar masuk dan rapat dengan keluarga itu.

Dalam erti kata lain, tuan rumah telah dikhianati samada oleh pekerja-pekerja di rumah atau ahli keluarganya sendiri.

Uppa mengeluarkan minyak tanah dari pelita dan mencurahkan ke atas sapu tangan. Sebatang mancis dinyalakan dan dijulur ke setiap bucu sapu tangan.

Api merebak dengan pantas, membakar bahan-bahan sihir. Said melihat uppa yang merenung api dengan mendalam. Dia sedar sesi perawatan kini dah bertukar menjadi penyiasatan kerana untuk menghentikan gangguan keluarga tuan rumah hanyalah dengan bersemuka dengan orang yang menghantar sihir tersebut.

Uppa dan Said kembali semula ke rumah utama. Tanpa memaklumkan tujuan, uppa minta tuan rumah untuk mengumpul semua pekerja di rumahnya, dari tukang kebun,tukang masak, pembantu rumah sampailah ke pemandu peribadi pada besok pagi pukul 9 pagi.

Bersambung kebahagian seterusnya...

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts

Tenkiu TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2021 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
aiisshh takut la dengan sihir2 nii
ya allah lindungilah kami dari  sihir...aminnnn
tasabar nak tau sambungan nye
tq bro damm
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq dam mcm biasa.. cerita best
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 12:29 PM | Show all posts
makasih Damm , teruskan penceritaannya
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 04:38 PM | Show all posts
takut betul lah
kadang tak sedar siapa yg dendam dgn kita
semoga dijauhkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.087220 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list