CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1153|Reply: 0

[Pulau Pinang] APMM rampas 45 bubu naga

[Copy link]
Post time 8-9-2021 11:13 AM | Show all posts |Read mode
APMM rampas 45 bubu naga[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com. my


ANTARA bubu negara dirampas dalam operasi berkenaan. FOTO APMM




Georgetown: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang merampas 45 bubu naga di empat lokasi di sekitar perairan negeri ini, semalam.

Ia menerusi Op Benteng/ Op Pertiwi di perairan kira-kira satu batu nautika di barat Sungai Jawi, Seberang Perai, di sini, pada 5 petang.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, anggota bot ronda mengesan beberapa pelampung mencurigakan di permukaan air yang disyaki penanda bubu naga.

Katanya, pemeriksaan di keempat-empat lokasi itu menemukan 45 bubu naga bernilai hampir RM5,400.

"Bubu naga yang dirampas dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban bagi tindakan lanjut.

"Penggunaan bubu naga diharamkan kerana sifatnya yang tidak selektif dan boleh merosakkan ekosistem perairan serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan lain," katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abd Razak berkata, pemilik bubu naga boleh didakwa mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.





Disiarkan pada: September 8, 2021 @ 10:00am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.052949 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list