CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1842|Reply: 4

[Pulau Pinang] Wanita rugi RM32,400 ditipu sindiket menyamar penjawat awam

[Copy link]
Post time 7-9-2021 07:39 PM | Show all posts |Read mode
Wanita rugi RM32,400 ditipu sindiket menyamar penjawat awam[size=0.8]Nur Izzati Mohamad - September 7, 2021 @ 6:44pmbhnews@bh.com.my


Hiasan. FOTO NSTP



KEPALA BATAS: Seorang wanita 'berputih mata' selepas wang simpanannya berjumlah RM32,400 lesap selepas ditipu sindiket menyamar sebagai pegawai kerajaan melalui panggilan telefon.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa berusia 21 tahun mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu mendakwa dirinya 'pegawai' Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) baru-baru ini.

Beliau berkata, 'pegawai' itu memaklumkan mangsa yang syarikat didaftarkan atas namanya mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM17,600.

"Mangsa menafikan dia mempunyai syarikat persendirian sebelum panggilannya disambungkan kepada pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Setar, Kedah.

"Individu menyamar 'pegawai polis' itu kemudian mendakwa akaun bank mangsa terbabit dengan kes pengubahan wang haram yang mana akaun bank mangsa akan dibekukan untuk tujuan siasatan selanjutnya.

"Mangsa yang panik, mengikut arahan 'pegawai' terbabit dan menyerahkan maklumat perbankan termasuk nombor kod kebenaran transaksi (TAC).

"Mangsa kemudian menerima mesej daripada pihak bank memaklumkan wang berjumlah RM32,400 dalam akaunnya dipindahkan ke akaun yang lain," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa menyedari dirinya ditipu apabila gagal menghubungi semula pegawai berkenaan.

"Berikutan itu, mangsa tampil membuat laporan polis semalam untuk tindakan lanjut," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mmm..sapa la tali barut sindiket ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia darul pemurah
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia darul pemurah
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
umur 21 dah ada saving 32k? anak orka ke ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.080183 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list