CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2016|Reply: 5

[Pulau Pinang] Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam rumah

[Copy link]
Post time 7-9-2021 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam rumah[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


ANGGOTA JBPM Pulau Pinang melakukan kerja mengeluarkan mayat lelaki berusia 52 tahun dalam rumah berkunci di Kondominium Midlands. FOTO ihsan JBPM




Georgetown: Lelaki ditemukan tidak sedarkan diri dalam bilik di rumahnya di Kondominium Midlands, Pulau Tikus, di sini, semalam.

Lelaki berusia 52 tahun itu kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang tiba di lokasi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.11 malam.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal yang diketuai Mohd Nazril Hisyam Napiah ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

"Ketika tiba di lokasi, didapati pintu rumah berkenaan berkunci dan mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik.

"Anggota bomba memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dan menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu," katanya hari ini.

Lelaki berkenaan kemudian disahkan meninggal dunia sebelum diserah kepada polis bagi tindakan lanjut.

"Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tujuan bedah siasat.

"Operasi tamat pada jam 1.08 pagi, " katanya.





Disiarkan pada: September 7, 2021 @ 10:55am






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerap sgt kes mcm ni skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 01:16 PM | Show all posts
upper_case replied at 7-9-2021 01:05 PM
Kerap sgt kes mcm ni skrg..

kerap masuk berita...sebelum ni ada je cuma x masuk berita kot huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm biasa je dengar..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg jumpa mangsa mula2?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh danggg Midland Condo!
Iol penah nyewa situ
Takziah diucapkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.054916 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list