CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 538|Reply: 0

[Sabah] Kes BID semakin tinggi – Edisi Sabahan

[Copy link]
Post time 6-9-2021 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 6-9-2021 01:30 AM



Kes kematian di luar hospital (BID) akibat Covid-19 mencatatkan rekod tertinggi minggu ini yang mana Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berikrar akan berusaha untuk mengurangkan angka kes terbabit.

Rekod tertinggi semalam membabitkan 104 kes dan ia melepasi angka tertinggi sebelumnya iaitu 101 kes yang dilaporkan pada 15 Ogos.

Minggu ini juga (29 Ogos hingga 4 September) turut menyaksikan kes kematian mencecah 16,000 pada Ahad lalu sebelum mencapai angka 17,000 dalam tempoh empat hari selepas itu pada 2 September.

Rekod tertinggi kes sembuh baharu yang dicatatkan baru-baru ini mungkin memberi kelegaan kepada Khairy yang menyaksikan jumlah pesakit dibenarkan keluar hospital melepasi kes jangkitan baharu.

Sebanyak 23,473 kes sembuh direkodkan pada 2 September yang mengatasi rekod sebelumnya iaitu sebanyak 22,657 pada 26 Ogos.

Minggu lalu, kecuali 31 Ogos, menyaksikan bilangan kes sembuh melebihi 20,000 pada setiap hari.

Bagaimanapun, bilangan mereka yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) mencecah 1,000 kes dalam tempoh lima hari berturut-turut sejak Ahad lalu – Satu perkembangan yang menyedihkan apabila Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa kadar pengambilan katil di ICU telah mencapai kadar 90%.

Hampir semua 1,608 katil ICU di hospital seluruh negara digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.

Kluster tempat kerja terus mendominasi sebahagian besar kluster yang dilaporkan minggu lalu yang secara puratanya hampir mencecah 30 kluster sehari.
Tinjauan sepintas lalu tajuk utama mengenai Covid-19 dalam tempoh seminggu lalu:

Sasaran 100 hari Khairy
Mengurangkan kes BID, mengurangkan tekanan dihadapi di ICU dan menangani masalah pembedahan tertunggak elektif bukan Covid-19 antara yang menjadi keutamaan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam tempoh 100 hari berikutnya.

Beliau turut mensasarkan bagi memastikan 80% populasi dewasa diberi vaksin sepenuhnya sementara melaksanakan pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang bermula di Sarawak.

Sabah rekod kematian Covid-19 tertinggi dengan 55 kes
Negeri itu merekodkan kes kematian tertinggi akibat Covid-19 dengan 55 kes dalam tempoh 24 jam lalu, tidak sampai seminggu selepas ia menyaksikan 41 angka kematian yang direkodkan pada 27 Ogos lalu.

Daripada 55 kematian, 29 membabitkan kes BID iaitu termasuk 11 mangsa warga asing, yang turut menjadi kes tertinggi di negeri itu.

Singapura akan memberi dos penggalak ketika berlaku peningkatan kes
Negara itu akan mula melaksanakan pemberian dos penggalak kepada warga emas dan individu mempunyai sistem imuniti badan yang lemah ketika berlaku lonjakan kes biarpun Singapura mempunyai kadar inokulasi yang tinggi.

Ia menyertai beberapa negara lain di seluruh dunia yang memberikan dos penggalak kepada kumpulan rentan ketika berdepan penularan baharu daripada varian Delta.

Lebih 200 kes babit varian Delta dikesan dalam tempoh 2 minggu
Sejumlah 265 kes Covid-19 membabitkan varian Delta telah dikesan dalam tempoh dua minggu lalu, kata Noor Hisham.

Varian itu dilaporkan telah menjadi varian paling dominan di Sarawak yang mana berlaku peningkatan kes di sana.

Bekalan vaksin kita mencukupi, kata KP Kesihatan
Hospital awam di seluruh negara masih menerima bekalan ubat-ubatan Covid-19 biarpun permintaannya telah meningkat secara drastik dan berlaku gangguan bekalan daripada pengeluar, kata Noor Hisham.


mediasabah.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.042008 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list