View: 1074|Reply: 2
|
[Sabah]
Jalan terjejas tanah runtuh akan dibaiki segera: Bung
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU: Tindakan segera akan diambil pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah bagi membaiki jalan yang terjejas dan kejadian tanah runtuh di beberapa buah daerah di negeri ini ekoran hujan lebat yang berterusan sejak Khamis lepas.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin (gambar) berkata, kebanyakan jalan berturap yang runtuh dalam kejadian kelmarin adalah di bawah kendalian pihak konsesi yang telah dilantik oleh kerajaan dan pihak mereka telah pun diarahkan untuk memperbaikinya segara.
“Pihak kita (JKR) telah pun meminta pihak konsesi yang terlibat untuk memantau dan memperbaiki mana-mana jalanraya di bawah kendalian konsesi yang berkaitan untuk diperbaiki segara atau membuat jalan alternatif agar pengguna jalanraya tidak terkesan dengan kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya bagi jalanraya Kota Kinabalu ke Keningau CH 103 dan CH 107 ianya merupakan jalan persekutuan dibawah konsesi Lintasan Resources Sdn Bhd yang kini sedang diperbaiki dan jalan alternatif juga turut disediakan kepada pengguna di laluan tersebut.
“Saya juga turut menerima aduan beberapa batang jalanraya di beberapa buah daerah di negeri ini mengalami kerosakan dan berlubang-lubang dan pihak JKR juga telah meminta konsesi yang telah dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan segera.
Bung menambah terdapat juga aduan mengenai jalanraya dinaiki banjir khususnya yang terlibat dengan pembinaan lebuhraya Pan Borneo dan pihak kontraktor pelaksana telah diarah agar memantau keadaan ini serta membersihkan parit yang sediada agar air tidak bertakung.
“Bagi cerun dan jalan yang runtuh kendalian JKR yang tidak melibatkan kos yang tinggi untuk pembaikan, kerja-kerja pembersihan sedang dilaksanakan, “ tambah Bung.
Dalam pada itu Bung berkata, ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini beliau telah meminta semua jurutera JKR di setiap daerah memantau situasi jalan yang berisiko runtuh agar tahap keselamatan pengguna terkawal.
"Kementerian sentiasa cakna kepada isu-isu seperti ini dan akan mengambil tindakan susulan kepada setiap laporan yang dikemukakan," katanya.
Bung juga meningkatkan pengguna jalanraya agar berhati-hati semasa memandu ketika musim hujan dan banjir agar kejadian yang tidak diingini tidak berlaku sebagaimana yang berlaku dalam kejadian kenderaan dihanyutkan air deras di jambatan Jalan Kionsom Lama Inanam.
“Jika banjir dan arus deras berlaku saya nasihatkan pemandu agar jangan memaksa diri untuk meredah keadaan tersebut yang sudah pasti membahayakan keselamatan diri,” tegas Bung.
Kenneddy Corlleus
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang dah masuk musim hujan lebat dan banjir akan jadi antara masalah yg terpaksa dihadapi oleh penduduk di sesetengah tempat.
Sama macam masalah air di Selangor ni. Setahun berapa kali la asyik ada gangguan bekalan sampai dah jadi macam acara tahunan.
Banjir Dan Gangguan bekalan air yg tak berkesudahan..... |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni makin la tak leh nak kata apa ... dengan banjir nya ... dengan Covid nya ...
nanti penempatan sementara tu harap2 la dan d bincangkan lebih awal... cara pengurusan dengan normabaru ...
boleh bersedia lebih awal bantuan2 yang patut d sediakan sebab ni bukan masalah tiba2 ... bertahun2 dah menda yang sama
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|