View: 1042|Reply: 4
|
[Sarawak]
20 individu dakwa ditipu jual beli tanah RM673,300
[Copy link]
|
|
BINTULU: Masyarakat tempatan dinasihatkan tidak terpedaya dengan tawaran harga tanah yang rendah oleh individu sebelum semakan status dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS).
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima
20 laporan polis dibuat oleh 20 individu yang menjadi mangsa membabitkan kerugian keseluruhan RM673,300 apabila mereka terpedaya membeli sebidang tanah di Kemena Land District sejak tahun 2014 serta dalam masa berasingan sehinggalah laporan polis dibuat pada tahun lepas (2020).
"Berdasarkan laporan, swemakan pihak kita berkenaan sebidang tanah di Kemena Land District merupakan tanah kerajaan (state land) iaitu hak milik kerajaan," katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan ke atas 20 laporan polis yang telah dibuat oleh kesemua mangsa.
Katanya, mangsa-mangsa lain diminta mengemukakan dokumen kepada pihak polis bagi pertuduhan selanjutnya.
Menurutnya, ia merupakan kes pertama laporan polis di buat oleh mangsa membabitkan kes penipuan jual beli tanah membabitkan tanah kerajaan di Kemena Land District.
"Laporan dibuat pada 7 Oktober 2020, kami telah menerima satu laporan polis yang dibuat seorang lelaki yang mendakwa telah membeli satu lot tanah daripada seorang individu lelaki lain dengan harga RM57,000.
"Apabila ia menjadi satu pertikaian, setelah mangsa merasa tertipu, mangsa telah membuat laporan polis dan pihak polis telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Beliau berkata, polis telah membuat pendakwaan dan pertuduhan terhadap suspek pada Khamis di mahkamah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang mana setakat ini suspek telah diberi jaminan mahkamah sebanyak RM3,500 sebelum perbicaraan lanjut diteruskan.
Mengenai kes pembelian tanah di Jepak baru-baru ini, Zulkipli berkata, ia masih dalam siasatan dan turut melibatkan suspek yang sama.
Katanya, mangsa percaya terhadap tanah dimiliki suspek yang telah dibuat lot sendiri, surat perjanjian jual beli tanah dan peguam yang dilantik namun mangsa menyedari ia satu penipuan apabila semakan dibuat di JTS mendapati tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan.
Beliau berkata, kes pembelian tanah di Jepak adalah berlainan tempat dan empat laporan polis telah dibuat membabitkan kes ini yang mana pihaknya mengambil serius perkara ini dan akan mengambil tindakan setelah laporan polis dibuat.
|
|
|
|
|
|
|
|
sblom beli tanah ...
rujuk la dulu kat Jabatan Tanah & Ukur
|
|
|
|
|
|
|
|
jual beli tak pakai lawyer kot...
sendiri draft sendiri sign Gituuuu
hmm ntah la |
|
|
|
|
|
|
|
ader jer pakai loyer pun tertipu ...
loyer bukan ambik tau pun pasal tanah tu ...
yang dia tau dia hanya saksi kepada jual beli...
sebab pernah ada kes camni...
apalagi kalo jual beli takde loyer ... nangis bucu katil jer la dapat ...
selalu kes camni melibatkan kes tanah antara adik beradik atau sanak sedara ...
|
|
|
|
|
|
|
|
rumah dah siap dengsapalah nak bayar ganti rugi semua ya klk
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|