CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1432|Reply: 1

[Pulau Pinang] Jurutera kilang dipercayai mabuk rempuh SJR ditahan

[Copy link]
Post time 4-9-2021 12:18 AM | Show all posts |Read mode
Jurutera kilang dipercayai mabuk rempuh SJR ditahan[size=0.8]Nur Izzati Mohamad - September 3, 2021 @ 10:39pmbhnews@bh.com.my


Keadaan kereta Toyota Estima milik seorang jurutera kilang yang mengalami kerosakan selepas pemandunya merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar, Simpang Ampat, Nibong Tebal. NSTP/ Ihsan PDRM



NIBONG TEBAL: Polis menahan seorang jurutera kilang selepas dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol hingga nyaris melanggar petugas di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar Simpang Ampat, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, lima anggota polis bersama seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang melakukan tugas di SJR berkenaan, sebelum didatangi sebuah kereta Toyota Estima yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, berkata anggota RELA yang melihat pemandu kereta di lorong kanan itu secara tiba-tiba membelok ke lorong kiri, menjerit beberapa kali berikutan nyaris melanggar petugas di SJR.

"Bagaimanapun, petugas sempat menyelamatkan diri dengan mengelak ke bahu jalan manakala pemandu kereta pula terus merempuh dan mengheret peralatan seperti kon keselamatan, papan tanda pemeriksaan, payung dan lampu sejauh 200 meter.

"Selepas itu, lelaki berkenaan cuba melarikan diri namun polis berjaya menahannya tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan berada bawah pengaruh alkohol dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Simpang Ampat, di sini selepas bertemu pelanggannya di Bukit Mertajam," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Chong Chern berkata, dalam insiden itu tiada petugas cedera berikutan mereka sempat mengelak.

"Semakan mendapati suspek berusia 41 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Dia kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis 1967 dan Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2021 07:07 AM | Show all posts
Don't drink and drive la weii. Susah sgt ke nk paham??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.934340 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list