|
Kota Kinabalu 458 (622)
Sandakan 281 (260)
Penampang 181 (183)
Papar 168 (196)
Tuaran 149 (132)
Tawau 127 (190)
Keningau 115 (34)
Kota Marudu 106 (35)
Kota Belud 82 (91)
Lahad Datu 71 (82)
Ranau 68 (39)
Pitas 67 (52)
Putatan 67 (41)
Kinabatangan 58 (165)
Kudat 44 (66)
Beaufort 43 (19)
Kunak 42 (19)
Sipitang 41 (11)
Beluran 34 (24)
Tenom 34 (40)
Tongod 27 (11)
Nabawan 26 (37)
Semporna 10 (11)
Kuala Penyu 9 (13)
Telupid 8 (23)
Tambunan 7 (12)
Kalabakan 6 (22)
*Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin* *( 01/09/2021 )*
*Kluster Baru *
Kluster Jalan Pahlawan,
Kota Kinabalu 45(+41)
*RUMUSAN HARIAN *
* (02/09/2021)*
*Jumlah kes baharu susut 101 kes hari ini tetapi kekal tinggi. *
*Kes di daerah Kota Kinabalu turun 164 tetapi naik dengan kadar yg agak tinggi di Keningau (+81), Kota Marudu (+71), Ranau (+29), Putatan (+26), Beaufort (+24), Kunak (+23) &Sipitang (+30). Kinabatangan turun 107 hari ini.*
*Daripada jumlah 2329, 878 (37.7%) adalah kes lewat daftar antara 2-3 hari, 132 (5.8%) lewat daftar 4-5 hari & 219 (9.4%) adalah yg didaftar melebihi 5 hari selepas keputusan ujian diketahui.*
*Saringan kalangan kontak rapat menjadi penyumbang utama keseluruhan kes hari ini dengan 1379 (59.2%), saringan bergejala 658 kes (28.3%) dan 82 kes daripada kluster kluster yg sedia ada. 2168 daripada 2329 adalah warganegara Malaysia dan 161 adalah warga asing. Terdapat 25 orang OKT/banduan dalam jumlah kes hari ini.*
*Seramai 1560 orang pesakit adalah dalam kategori 2, 668 dalam kategori 1, 9 orang dalam kategori 3, 4 orang dalam kategori 4 dan 13 orang dalam kategori 5. 75 kes lagi masih dalam siasatan.*
*Seperti yg telah dimaklumkan lebih awal, hampir 41% penduduk dewasa Sabah telahpun melengkapkan pengambilan vaksin . Sasaran jumlah purata pemberian vaksin sehari bagi bulan September ialah 60,000 dos dan Sabah berharap memperolehi agihan 2,889,150 dos vaksin bagi bulan September bagi membolehkan JKNS mempertingkatkan kadar vaksinasi kepada penduduk dalam bulan ini.*
MPL
|
|