CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 842|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua beranak direman 7 hari kes bunuh guna lembing

[Copy link]
Post time 2-9-2021 08:44 PM | Show all posts |Read mode
Dua beranak direman 7 hari kes bunuh guna lembing[size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my


GAMBAR HIASAN



Butterworth: Dua beranak direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Taman Tun Hussein Onn, Seberang Jaya, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, dua beranak lelaki berusia 29 dan 50-an itu direman bermula hari ini hingga Rabu hadapan.

"Dalam kejadian ini, tiada suspek lain selain daripada dua beranak berkenaan.

"Polis masih menjalankan siasatan berhubung motif insiden itu bagi tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian 11.30 malam kelmarin, mangsa berusia 29 tahun dikatakan datang ke rumah suspek bersama sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan berlaku pergaduhan.

Suspek kemudian mengambil senjata tajam dipercayai lembing di dalam rumahnya sebelum menyerang 10 lelaki yang berada di bahagian luar kediamannya.

Difahamkan, mangsa terkena tikaman pada bahagian dada susulan serangan balas daripada suspek hingga menyebabkannya parah.

Justeru, mangsa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Berikutan itu, polis ke tempat kejadian sebelum menahan seorang lelaki dan bapanya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





Disiarkan pada: September 2, 2021 @ 5:34pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.050617 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list