CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 705|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiga lagi premis ditutup susulan kes positif Covid-19

[Copy link]
Post time 2-9-2021 08:19 PM | Show all posts |Read mode
Tiga lagi premis ditutup susulan kes positif Covid-19[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


GAMBAR hiasan





Georgetown: Selepas Pasar Awam Padang Tembak, tiga lagi premis termasuk rumah jagaan dan pemulihan bagi orang tua di sini, diarah tutup, hari ini berikutan terdapat kes positif Covid-19.

Ia menjadikan jumlah kes positif dikesan di empat premis itu menghampiri 30 kes, hari ini.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Daerah Timur Laut, Amier Othsman berkata, semua premis berkenaan diarah tutup serta-merta hingga ke satu tarikh akan dimaklumkan kelak.

"Penutupan Pasar Awam Padang Tembak membabitkan sembilan kes dan 10 lagi dikesan di kilang percetakan di Sungai Pinang.

"Manakala dua kes di restoran makanan segera di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan lapan lagi di rumah (jagaan dan pemulihan) orang tua di Jalan Tunku Abdul Rahman," katanya, di sini, hari ini.

Amier berkata, rumah jagaan dan pemulihan bagi orang tua berkenaan menempatkan seramai 20 penghuni.

Beliau berkata, susulan terdapat kes positif itu, semua penghuni rumah itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi menjalani sesi kuarantin," katanya.

Terdahulu Pasar Awam Padang Tembak yang menempatkan 121 gerai, diarah ditutup serta-merta, heri ini selepas sembilan kes positif dikesan membabitkan pengguna, peniaga dan pembantu kesihatan awam.





Disiarkan pada: September 2, 2021 @ 7:15pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.472734 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list