Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit selepas kenderaan dipandu terbabas jatuh ke dalam gaung.
KOTA KINABALU: Seorang pemandu maut selepas kereta dinaiki terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung di Kampung Kiambalang Jalan Kionsom Inanam di sini kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menggegaskan sepasukan anggota sebaik menerima panggilan kecemasan jam 8.04 malam.
“Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas ke dala gaung.
“Mangsa lelaki berumur 56 tahun yang berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
“Mangsa maut diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Menurutnya sebaik memastikan lokasi kejadian selamat dari punca api dan bahaya lain pihaknya menamatkan operasi jam 9.30 malam.
utusanborneo.com.my/2021/09/02
|