Edited by Vellfire at 1-9-2021 02:10 AM
KIBAR: Kempen Jalur Gemilang peringkat Daerah Lahad Datu dalam norma baharu.
LAHAD DATU: Kempen Kibar Jalur Gemilang semalam telah diadakan dengan cara norma baharu Peringkat Daerah Lahad Datu anjuran Pejabat Daerah Lahad Datu.
Program anjuran Pejabat Daerah Lahad Datu itu dihadiri Pegawai Daerah Lahad Datu, Dr. Mohd Ayub Yakub; Ketua Bahagian Bersatu Lahad Datu, Abdul Hakim Gulam Hassan; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Segama, Mizma Appehdullah; PPM Silam Rahim Ghulam Dem dan Penolong Pegawai Daerah Pembangunan, Razee Abdulham serta jawatankuasa Srikandi Bersatu Lahad Datu.
Sebanyak 1000 helai bendera telah diagih-agihkan sepanjang kempen kibar Jalur Gemilang yang diadakan itu.
Sambutan Hari Kebangsaan sinonim dengan kibaran jalur gemilang sebagai salah satu cara memeriahkan sambutan dan meningkatkan mood patriotik warga Malaysia khususnya rakyat di daerah Lahad Datu.
Program yang dijalankan hari ini adalah sebagai kaedah kita memastikan lebih ramai pihak terlibat dan lebih banyak jalur gemilang yg berkibar dalam daerah sebagai tanda menghargai kemerdekaan yang kita kecapi selama ini.
Sambutan Hari Kebangsaan 2021 semalam yang diadakan dengan amalan norma baharu susulan pandemik COVID-19 tetap dianggap meriah dan penuh simbolik.
Biarpun tiada perarakan atau perbarisan oleh badan beruniform serta agensi kerajaan seperti kebiasaannya namun acara tahunan itu tetap boleh diikuti oleh rakyat Malaysia di seluruh negara melalui televisyen dan media sosial.
Langkah penuh berhati-hati ini bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekali gus menghalang penyebaran virus itu.
utusanborneo.com.my/2021/09/01
|