CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1079|Reply: 0

Serem bangat sih... bina kubur di tepi jalan raya..

[Copy link]
Post time 31-8-2021 10:22 PM | Show all posts |Read mode

Kubur tersebut dibina untuk mengelakkan penduduk daripada membuang sampah merata-rata. – Instagram @kabar_klaten


Bina kubur tepi jalan elak penduduk buang sampah

JAKARTA – Penduduk daerah Klaten dalam wilayah Jawa Tengah mempunyai cara unik untuk menghalang orang ramai membuang sampah merata-rata  iaitu dengan membina sebuah kubur di tepi jalan berhampiran sungai, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Kubur yang lengkap dengan taburan bunga dan batu nisan itu adalah  simbolik dalam bentuk protes agar masyarakat setempat bersikap lebih bertanggungjawab dan tidak membuang sampah di kawasan tepi sungai itu.

“Kubur ‘arwah’ sampah,” tulis satu papan tanda di tepi kubur tersebut.

Gambar kubur itu dimuat naik di Instagram dengan ada antara netizen yang memberitahu bahawa lokasi tersebut sering menjadi tempat pembuangan sampah.

“Sering terlihat banyak sampah dibuang di tepi sungai itu,” tulis seorang netizen.

“Mungkin pemerintah setempat perlu menyediakan kemudahan khas untuk membuang sampah,” komen seorang lagi. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.083300 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list