CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 738|Reply: 0

[Sarawak] Hujan lebat: Penghuni rumah panjang terkejut tanah mengelunsur

[Copy link]
Post time 31-8-2021 06:59 PM | Show all posts |Read mode


SARIKEI: Penghuni Rumah Julian Laja Nanga Matup terkejut apabila tanah di belakang rumah mereka tiba-tiba mengelunsur ketika hujan lebat petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Lt (PA) Mirwan Shah Masri berkata, kejadian kira-kira jam 4.00 petang itu disedari penghuni selepas terdengar bunyi bising sebelum meninjau keadaan di belakang rumah berkenaan.

Susulan itu katanya, sepasukan anggota APM bergegas ke lokasi sejurus menerima laporan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Julau.

“Hasil pemeriksaan mendapati, runtuhan hampir terkena bahagian belakang salah sebuah pintu bilik namun tidak merosakkan struktur bangunan di kawasan itu.
“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu beliau menasihatkan penduduk agar sentiasa berhati-hati kemungkinan kejadian berulang jika hujan lebat berterusan.

Pada masa yang masa katanya, penghuni perlu memaklumkan sebarang perkembangan kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Daerah Julau atau agensi penyelamat yang berkaitan.


sarawakvoice.com/2021/08/31

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.728927 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list