CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2228|Reply: 1

[Sabah] Covid19 31/08/2021

[Copy link]
Post time 31-8-2021 04:05 PM | Show all posts |Read mode




Kota Kinabalu  567 (536)
Sandakan 320  (252)
Penampang 268 ( 237)
Papar 264  ( 49)
Tawau 168  ( 148)
Tuaran 156  (259)
Keningau 138  (113)
Lahad Datu 95 (80)
Kota Marudu 81  (95)
Putatan 81  (44)
Kota Belud 76  (98)
Tenom 49 ( 47)
Ranau 41 (37)
Beaufort 41  (25)
Telupid 33 (42)
Nabawan 30  (40)
Kinabatangan 26 (50)
Pitas 25 (21)
Kudat 24 (16)
Kunak 22 ( 8 )

Beluran 21 (19)
Sipitang 20 (38)
Kalabakan 13 (14)
Tambunan 10 (6)
Kuala Penyu 10  (11)
Semporna 8 (10)
Tongod 7 (15)

*Angka dalam kurungan*
*adalah jumlah  kes kelmarin*    *( 30/08/2021 )*

*Kluster Baru *
1.  Kluster Sawit Jeroco
     Lahad Datu  57(+25)

2. Kluster  Nasakot,
     Ranau   31(+2)

*RUMUSAN HARIAN *
*  (31/ 08/2021)*

Hari ini ialah Hari Kebangsaan Malaysia yang disambut dan diraikan setiap tahun. Tetapi dalam peperangan kita melawan pandemik Covid, belum ada yang kita boleh raikan hari ini. Selepas kes harian turun dua hari berturut turut, ia naik semula hari ini sebanyak 284 kes, menjadikan jumlah baharu keseluruhan 2,594.

Jumlah kes di Papar naik mendadak kepada 264 (+215) daripada 49 kes sahaja kelmarin, Sandakan menambah 68 kes, Putatan naik 37 kes, Penampang dan Kota Kinabalu masing2 menambah 31 kes. Daerah Tuaran bagaimanapun turun 103 kes, Kota Belud -22, & Kinabatangan -24.

Walaupun saringan kontak rapat masih penyumbang utama kepada kes2 baharu, 1573 (60.6%), tetapi jumlah yang diperolehi dpd saringan bergejala naik kepada 30.3% (787) berbanding 29.4% (680) kelmarin. Kes dalam kategori ini adalah dianggap kes2 sporadik, yakni pembawa / punca virus sukar dikenalpasti mahupun tempat dimana dijangkiti. Tetapi ia tanda2 bahawa virus sudahpun berada dalam komuniti kita.

Kes2 sporadik ini sering dikaitkan dengan kegagalan atau kecuaian mematuhi SOP serta amalan penjagaan kesihatan diri yg tidak sempurna. Peratusan kes daripada kategori ini agak tinggi dibeberapa daerah kalau kita ambil statistik hari ini sebagai petunjuk; Tawau 44.6%, Penampang 41.4%, Putatan 38.5% dan Kota Kinabalu 31.9%.

Daripada 2594 kes hari ini, 1938 (74.7%)  pesakit adalah dalam kategori 2, 564 (21.7%) pesakit dalam kategori 1, 15 orang dalam kategori 3, 4 orang dalam kategori 4 dan 12 pesakit dalam kategori 5. Seramai 61 pesakit lagi masih dalam siasatan.

Sabah sedang menghampiri angka 40%, jumlah penduduk dewasa yang telah melengkapkan pengambil dos vaksin. Setakat jam 3 petang ini (31/8), seramai 39.0% penduduk dewasa negeri Sabah telahpun memperolehi dos vaksin yg lengkap dan 58.4% telahpun mengambil satu dos.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2021.

MPL







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2021 05:51 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.032412 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list