CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1077|Reply: 4

[Sabah] Dua pelajar PhD UMS raih kemenangan peringkat antarabangsa

[Copy link]
Post time 31-8-2021 03:23 PM | Show all posts |Read mode

Jacqueline Joseph


DANIEL

KOTA KINABALU: Dua pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih kemenangan peringkat antarabangsa dalam ESL Online International Summer Course anjuran Universiti Institut Pertanian Bogor, Indonesia pada 9 sehingga 27 Ogos lalu.

Jacqueline Joseph, pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Sains Perhutanan di Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) UMS dinobatkan sebagai juara Podcast bagi Kategori Individu dengan tajuk Living with Climate Change:  Convincing the Sceptics.

Beliau turut memenangi tempat kedua dalam Penulisan Jurnal Pembelajaran bagi Kategori Pascasiswazah bertajuk Post COVID-19 Era: Impetus to Resilient Plans for Sustainable Climate Change Adaptation.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan Jacqueline dianugerahkan naib johan dalam kalangan lima peserta terbaik pada pertandingan tersebut yang dianjurkan secara maya.

Seorang lagi peserta UMS, Daniel James turut mengukir pencapaian manis apabila muncul juara dalam Penulisan Jurnal Pembelajaran Pascasiswazah melalui tajuk Our Actions Today: Our Future Tomorrow.

Beliau turut menjadi juara dalam Podcast kategori berkumpulan melalui penyertaan bersama peserta Filipina dan Indonesia.

Mereka mengenepikan kumpulan lain melalui tajuk Podcast, Economic Development: Friends or Enemy of mother Nature?

Pencapaian itu membawa Daniel yang juga pelajar PhD di FPT UMS untuk dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam kalangan lima peserta terbaik ESL Online International Summer Course.


credit


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2021 03:24 PM | Show all posts
Sementara itu, Jacqueline ketika dihubungi berkata, beliau tidak menyangka atas pencapaian yang diperoleh memandangkan persaingan yang sengit daripada kalangan peserta antarabangsa.

“Saya mengambil pendekatan untuk mencabar keberanian diri menyuarakan pendapat melalui media Podcast bagi mengetengahkan isu-isu berkaitan perubahan iklim dunia sebagai kesedaran kepada orang ramai.

“Pada masa yang sama, saya juga telah menanam tekad mahu mengharumkan nama Malaysia khususnya UMS di peringkat antarabangsa.

“Tanpa disangka, saya diumumkan untuk meraih beberapa kemenangan, dan begitu juga dengan rakan saya Daniel.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, khususnya kepada UMS dan Fakulti Perhutanan Tropika. Kejayaan ini merupakan kejayaan kita semua,” katanya.

Bertemakan Reducing Carbon Footprints Lesson Learned for Post COVID-19 World, pertandingan dalam bentuk kursus itu disertai 29 universiti dari 13 buah negara termasuk Australia, Rusia, Haiti, Filipina, Bangladesh, Pakistan, Indonesia, dan Nigeria.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2021 03:25 PM | Show all posts
Tahniah kepada kedua-dua nya
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah diucapkan kepada mereka!
Negara kita banyak pelajar2 yang bijak sebenarnya!
Sepatutnya diketengahkan pelajar2 sebegini untuk menyuntik nafas baru
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Dulu lepas konvo master sy kononnya berazam sambung PHD pada umur 40. Nampaknya kena cari balik semangat yang hilang itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.533817 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list