CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2889|Reply: 2

Ini 4 Fakta Tentang Burung Hantu Yang Ramai Tidak Tahu

  [Copy link]
Post time 30-8-2021 07:54 PM | Show all posts |Read mode
Ini 4 Fakta Tentang Burung Hantu Yang Ramai Tidak Tahu


Burung hantu adalah antara spesies yang sering dikaitkan dengan unsur mistik kerana ia selalu bergerak secara aktif pada waktu malam. Kami kongsikan empat fakta tentang burung hantu yang segelintir daripada anda tidak pernah tahu sebelum ini:

1. Kepala burung hantu boleh berputar sehingga 135 darjah


Ramai orang menyangka bahawa burung hantu ini sebenarnya boleh memutarkan kepala mereka sehingga 360 darjah.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mental Floss ini membuktikan sebaliknya di mana burung hantu boleh memusingkan 135 darjah ke kiri dan kanan sahaja. Menarik, bukan?

2. Penglihatan burung hantu agak terbatas


Walaupun renungan burung hantu kelihatan tajam dan menyeramkan, penglihatan jarak dekat mereka sebenarnya agak terbatas. Dalam erti kata lain, burung hantu adalah rabun dekat.

Atas sebab itu, burung ini sebaliknya akan menggunakan bulu-bulu kecil pada paruh dan kaki mereka untuk rasa ‘haba’ mangsa.

3. Burung hantu mempunyai pendengaran yang tajam


Walaupun ia mempunyai masalah penglihatan jarak dekat, namun deria pendengaran burung hantu sangat tajam. Kelebihan ini sekali gus memudahkan burung ini untuk berburu pada waktu malam.

Untuk dijadikan cerita, burung hantu ini boleh dengar suara tikus yang memijak ranting dari ketinggian 23 meter. Menarik, bukan?

4. Burung hantu adalah simbol kemenangan dan pemergian


Individu yang mengamalkan kepercayaan Yunani kuno menganggap burung hantu sebagai simbol perlindungan dan kemenangan.

Hal ini demikian kerana mereka percaya bahawa Athena iaitu dewi kebijaksanaan membela burung ini. Disebabkan itu, burung hantu melambangkan pengetahuan.

Walau bagaimanapun, Athena juga adalah dewi peperangan dan ini menyebabkan burung hantu turut dianggap sebagai pelindung tentera yang ingin menyertai peperangan.

Dalam erti kata lain, mereka akan menerima berita baik sekiranya burung hantu ‘menyertai’ peperangan tersebut.

Walau bagaimanapun, orang Jawa pula berpendapat sebaliknya dengan menganggap bahawa kehadiran burung hantu ini membawa petanda pemergian individu tersebut.

Penulis

Nurul Najwa adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri (FiTA) UiTM.
https://iamlejen.com/ini-4-fakta ... -tahu/#.YSzGNflR1hE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 30-8-2021 08:13 PM

'Ghostbird'-Zee Avi.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
malam2 selalu ada kat balkoni rumah KB
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.070125 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list