CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2253|Reply: 1

[Perak] Nahas 3 maut: Reman pemandu Preve disambung

[Copy link]
Post time 30-8-2021 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Nahas 3 maut: Reman pemandu Preve disambung[size=0.8]Oleh Noor Hidayah Tanzizi - Ogos 30, 2021 @ 1:09pmbhnews@bh.com.my



Foto fail pemandu Proton Preve terbabit kemalangan menyebabkan tiga lelaki maut ketika dibawa untuk permohonan reman pada 24 Ogos lalu - Foto FAIL NSTP





MANJUNG: Perintah reman ke atas pemandu Proton Preve yang terbabit kemalangan menyebabkan tiga lelaki maut di Kilometer 4 Jalan Kampung Acheh-Sitiawan di Sitiawan dekat sini pada 21 Ogos lalu, disambung tujuh hari lagi bermula esok.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata lelaki berusia 38 itu direman hingga 6 September ini bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian.

Katanya, lelaki berkenaan mempunyai 37 rekod kesalahan membabitkan 18 kes dadah dan 19 kes jenayah.

Media sebelum ini melaporkan, dua penunggang dan seorang pembonceng motosikal maut ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja selepas kenderaan mereka dirempuh kereta.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd Nur Hisham Hassan, 29; Hasrandy Bahrum, 27, dan Mohd Suhail Zainal, 22.

Nahas membabitkan Proton Preve berkenaan dengan enam motosikal itu turut menyebabkan enam yang lain termasuk seorang wanita cedera.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok mereput saja la jantan begini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.062914 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list