CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1516|Reply: 6

[Sabah] Lajim Ukin Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 29-8-2021 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Olumis at 29-8-2021 11:32 PM

KOTA KINABALU:Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Lajim Ukin, disahkan meninggal dunia pada jam 6.23 pagi Ahad.

Perkara itu disahkan isterinya, Datin Seri Normilah Siong kepada Sinar Harian sebentar tadi.

“Ya benar, beliau telah meninggal pada jam 6.23 pagi tadi dan saya telah menerima panggilan daripada pihak hospital.

“Setakat ini masih di Hospital KPJ namun jenazahnya saya akan bawa juga pulang ke Beaufort,” katanya.

Pada Selasa lalu, Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu dilaporkan ditidurkan selepas keadaan kesihatannya dikatakan merosot akibat dijangkiti virus COVID-19.

Sepanjang ditidurkan, keadaan bekas ahli Parlimen Beaufort itu dilaporkan stabil namun masih bergantung dengan bantuan pernafasan. – SINAR

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fatinandreanna at 30-8-2021 12:10 AM

Takziah diucapkn kpd ahli keluarga  Datuk Lajim Ukim, mantan ahli parlimen Beaufort.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 01:54 AM | Show all posts




Kota Kinabalu: Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Seri Lajim Ukin yang dirawat akibat jangkitan Covid-19, sejak kira-kira dua minggu lalu, meninggal dunia pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dilaporkan meninggal dunia pada 6.23 pagi tadi di Hospital KPJ, di sini.

Pemergian bekas Ahli Parlimen Beaufort itu disahkan isterinya, Datin Seri Normilah Siong.

"Ya benar, beliau telah meninggal pada jam 6.23 pagi tadi dan saya telah menerima panggilan daripada pihak hospital.

"Setakat ini masih di Hospital KPJ namun jenazahnya saya akan bawa juga pulang ke Beaufort," katanya, di sini.

Berita sedih mengenai pemergian Lajim turut dikongsi bekas Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah, Samin Ongki.

"Dukacita dimaklumkan Ybhg Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin baru saja menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ sebentar tadi.

"Jenazah akan dibawa balik ke Kg Kabatu Beaufort selepas proses KKM selesai. Terima kasih atas doa anda semua," katanya dalam hantaran di Facebook beliau pagi ini.

Lajim, 66, dimasukkan ke Hospital KPJ selepas disahkan positif Covid-19 ketika mendapatkan rawatan kerana kurang sihat sekembalinya dari lawatan kerja kerajaan negeri di Kudat, pada 12 Ogos lalu.

Kesihatan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu dilaporkan merosot selepas kira-kira seminggu dirawat sebelum ditidurkan pada awal minggu ini.

Bagaimanapun, sepanjang ditidurkan keadaannya dilaporkan kembali stabil, sebelum berita terbaharu pagi ini mengatakan beliau meninggal dunia.


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 01:55 AM | Show all posts
Jasa Allahyarham Lajim akan sentiasa dikenang - Bung Moktar

Kota Kinabalu: Rakyat Sabah kehilangan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Beaufort berikutan pemergian Datuk Lajim Ukin yang meninggal dunia akibat Covid-19, pagi tadi.

Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau yakin jasa bekas Ahli Parlimen Beaufort itu akan sentiasa dikenang dan dirindui rakyat terutama di daerah Beaufort yang sangat mengenali beliau sebagai seorang pemimpin yang baik.

"Sesungguhnya Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat di negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Beaufort sepanjang khidmat beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias dan Ahli Parlimen Beaufort," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, sumbangan Lajim dalam pembangunan di negeri ini juga tidak boleh dinafikan, berdasarkan pembabitannya dalam pentadbiran negeri sebelum ini.

Katanya, Lajim banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah ketika menjadi Timbalan Ketua Menteri, selain memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri serta Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri.

"Beliau juga pernah menyumbang kepada Kerajaan Persekutuan ketika menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari 2008 hingga 2012," katanya.

Sementara itu, Bung Moktar berkata, beliau turut merasai kehilangan Lajim kerana Allahyarham adalah sahabat rapatnya yang bersama dalam barisan kepemimpinan tertinggi Persatuan Belia Kebangsaan Sabah (Sanya) satu ketika dulu.

Lajim juga katanya pernah bersama-sama beliau dalam kepemimpinan Umno sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno ketika bekas Adun Klias itu masih bersama Umno sehingga 2012.

"Pemergian beliau hari ini menyebabkan saya kehilangan seorang sahabat yang baik. Saya bersama keluarga dan kepemimpinan Umno Sabah merakamkan ucapan takziah kepada isterinya, Datin Normilah Siong serta seluruh ahli keluarga Allahyarham.

"Kita mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dikumpulkan bersama hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga," katanya.

Lajim, 66, menghembuskan nafas terakhir pada 6.23 pagi tadi di Hospital KPJ Sabah, selepas dirawat lebih dua minggu di hospital berkenaan akibat jangkitan Covid-19.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

Jenazah Lajim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kebatu, Beaufort pada jam 1.50 tengah hari tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 01:56 AM | Show all posts
Lajim banyak berjasa dan berkongsi nasihat - Hajiji Noor

Kota Kinabalu: Datuk Lajim Ukin yang meninggal dunia akibat Covid-19 pagi hari ini disifatkan sebagai seorang pemimpin yang sangat berjasa dan banyak menyumbang masa serta berkongsi nasihat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, berkata sebagai Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Lajim sering berkongsi nasihat yang baik kepada parti.

Beliau turut menyifatkan Lajim sebagai seorang pemimpin yang berdedikasi dan kawan yang baik.

"Bagi pihak keluarga saya dan kerajaan negeri, saya mengucapkan takziah kepada Datin Normila Siong dan keluarga Allahyarham Datuk Lajim atas kehilangan suami dan orang yang tersayang.

"Datuk Lajim adalah pemimpin yang berdedikasi dan juga kawan yang baik serta banyak menyumbang kepada negeri dan negara sepanjang karier politiknya.

"Sebagai Ahli MPT Bersatu, Lajim adalah seorang pemimpin yang sangat berjasa, banyak menyumbangkan masa dan sentiasa berkongsi nasihat yang baik kepada parti," katanya.

Lajim, 66, meninggal dunia pada 6.23 pagi di Hospital KPJ Sabah dan jenazahnya dibawa balik ke kampung halamannya di Kampung Kaundo, Kebatu, Beaufort untuk dikebumikan, hari ini.

Lajim sebelum itu dirawat di Hospital KPJ Sabah sejak 13 Ogos lalu dan ditidurkan sejak Selasa lalu selepas keadaan kesihatannya didapati merosot.

Sepanjang hayatnya, Lajim pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah (1999-2004) dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri (1995-1999).

Ketika itu, Lajim menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias yang disandangnya sejak 1985 hingga 2008 sebelum berpindah ke kerusi Parlimen Beaufort (2008-2013) dan kembali menjadi Adun Klias dari 2013 hingga 2018).

Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan (2008-2009) dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2009-2012).

Lajim memulakan kerjaya politik selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias atas tiket Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1985 dan kekal dalam parti itu sehingga 1994.

Pada 1994, Lajim bersama beberapa pemimpin PBS yang lain, antaranya Adun Kemabong, Datuk Rubin Balang menyertai UMNO untuk mengembalikan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sabah.

Ketika bersama Umno, Lajim pernah menjadi Ketua Umno Beaufort dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Umno sebelum mengumumkan keluar daripada parti itu pada 2012.



Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 01:58 AM | Show all posts
Jenazah Lajim Ukin selamat dikebumikan



Beaufort: Jenazah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Lajim Ukin selamat dikebumikan pada jam 1.50 petang tadi.

Lajim yang juga Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), 66, dikebumikan di Taman Perkuburan Orang-Orang Islam Kampung Kebatu/Kampung Kabidang Beaufort.

Jenazah diiringi isteri Allahyarham, Datin Seri Normilah Siong, Ketua Bersatu Bahagian Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih dan Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharam.

Lajim disahkan meninggal dunia di Hospital KPJ Sabah pada jam 6.23 pagi hari ini sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Kebatu.

Jenazah turut dibawa melalui pekarangan rumahnya sebelum dibawa ke tanah perkuburan sebagai tanda penghormatan terakhir kepada ahli keluarga dan seluruh masyarakat daerah ini.

Terdahulu, Lajim dilaporkan dimasukkan ke Hospital KPJ Sabah sejak 13 Ogos sebelum ditidurkan pada Selasa lalu akibat jangkitan virus Covid-19.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2021 01:59 AM | Show all posts
Perdana Menteri ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Lajim Ukin

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Pakar KPJ, Kota Kinabalu, pagi tadi.

Menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan kepada negara, Ismail Sabri mendoakan semoga segala khidmat baktinya mendapat ganjaran sebaik-baiknya daripada Allah SWT.

"Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin," katanya dalam catatan di Facebooknya.

Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 6.23 pagi.

Jenazah Allahyarham akan disemadikan di kampung halamannya di Kampung Kebatu, Beaufort, Sabah.

Sepanjang hayatnya, Lajim, 66, pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri Klias, selain pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan antaranya Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54638 Replies : 10
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106640 Replies : 1105
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 27681 Replies : 647
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 33972 Replies : 758
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 391 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 52391 Replies : 240
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 23664 Replies : 156
Tarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
maklukpenggodaTarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
Views : 12229 Replies : 23
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88531 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.484143 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list