View: 825|Reply: 1
|
[Sarawak]
Serang anggota Bomba, lelaki didenda, diarah bayar pampasan
[Copy link]
|
|
Berita berkaitan :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1256356 '
LAWAS: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda dan membayar pampasan kepada mangsa ke atas tertuduh Halim Jamal atas kesalahan menumbuk anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) dalam kejadian kebakaran di Lawas pada 21 Jun lalu.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang dibaca mengikut Seksyen 51 Akta Bomba 341 iaitu mengganggu pegawai bomba, pegawai bomba bantuan atau pasukan bomba sukarela dalam melaksanakan tugasnya.
Hakim A.Akhiruddin@boy Acho menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 4,000 atau lapan bulan penjara sekiranya gagal membayar denda mengikut Seksyen 51 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 Akta Pindaan 2018.
Hakim turut mengarahkan agar tertuduh membayar pampasan terhadap mangsa sebanyak RM 1,000 di hadapan hakim mengikut Akta 426 Kanun Keseksaan.
Tertuduh telah membayar kesemua denda yang dikenakan kepadanya atas kesalahan itu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ooo.. video yang viral tu... padan muka kena denda... kotoh tiwas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|