CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 979|Reply: 2

[Sarawak] Empat notis dikeluarkan, 150 premis diperiksa

[Copy link]
Post time 28-8-2021 02:17 PM | Show all posts |Read mode


Operasi Pematuhan SOP COVID-19 di bandar Limbang.

LIMBANG: Sebanyak empat notis kompaun dikeluarkan dan 150  premis perniagaan diperiksa pada operasi Pematuhan SOP COVID-19 (Sektor Ekonomi) besar-besaran di bandar ini  pada 24 Ogos dan 26 Ogos lepas.

Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran Negeri Sarawak, Raphael Engkayau berkata, notis tersebut dikeluarkan atas kesalahan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 (Sektor Ekonomi) melibatkan tiga  kesalahan tidak mengimbas MySejahtera dan satu kesalahan menjalankan perkhidmatan pencucian muka.

“Setiap kesalahan telah dikeluarkan notis dengan nilai RM1,500 dan diberikan peluang memohon diskaun 50 peratus  jika dibayar dalam tempoh tujuh hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya operasi Pematuhan SOP COVID-19 dianjurkan Pasukan Seksyen Inspektorat Dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang diketuainya selama dua hari.

Tegasnya walaupun sibuk dengan kawalan dan pencegahan penyakit COVID-19,  tugasan utama Kementerian Kesihatan ialah aspek penguatkuasaan Pematuhan SOP COVID-19 (Sektor Ekonomi) di tempat awam tetap dilaksanakan.

“Pematuhan SOP COVID-19 (Sektor Ekonomi) dilaksanakan secara bersama membabitkan 20 penguatkuasa dari Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang dan Pejabat Kesihatan Daerah Lawas.

“Turut serta dalam Ops Patuh Bersepadu berkenaan ialah 15 pegawai penguatkuasa dari polis Limbang, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) B Limbang (sembilan orang) dan Majlis Daerah (MDL) (lapan orang) .

Raphael turut memberitahu pematuhan SOP COVID-19 (Sektor Ekonomi) di Bandar Limbang adalah tinggi dan terbaik secara keluruhannya.
  
Sementara itu, Pegawai Kesihatan Bahagian berkata, Dr Norliza Jusoh berkata semua notis kompaun perlu dibayar dalam tempoh 14 hari.
“Kegagalan menjelaskan, mereka yang berkenaan boleh didakwa di mahkamah.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua dua nya sekali,”ujarnya.

Dr Norliza menasihatkan setiap pemilik premis perniagaan untuk mempastikan mereka mendaftar kehadiran staf dan pekerja serta pelanggan mereka dengan mengimbas MySejahtera atau menulis dalam buku rekod kehadiran.

Beliau turut berterima kasih di atas kehadiran Pasukan Seksyen Inspektorat Dan Perundangan Negeri Sarawak yang diketuai Rephael selain penyertaan agensi polis Limbang, MDL dan KPDNHEP Limbang.

Beliau berharap kerjasama dan operasi antara agensi akan dapat diteruskan pada masa depan.


utusanborneo.com.my/2021/08/28

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2021 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak bagi kedai dah satu masalah ..  ..dah bukak kedai .. yg tuan punya kedai x ikut sop .. yg pihak berkuasa plak tak habis habis nak kompoun .. ntah la labu ... ....

Bukak kedai and tutup kedai ...cam tak de beza ... Yg owner tetap la rugi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2021 07:30 PM | Show all posts
melibatkan tiga  kesalahan tidak mengimbas MySejahtera dan satu kesalahan menjalankan perkhidmatan pencucian muka.

apa beza khidmat cuci muka dan gunting rambut ... dua2 ada "bersentuhan" pekerja dan pelanggan ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54638 Replies : 10
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106640 Replies : 1105
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 27681 Replies : 647
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 33972 Replies : 758
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 391 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 52391 Replies : 240
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 23664 Replies : 156
Tarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
maklukpenggodaTarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
Views : 12229 Replies : 23
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88531 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.453524 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list