View: 1473|Reply: 1
|
[Borneo]
Dos Penggalak Tak Mampu Halang Varian Delta - Dr Noor Hisham
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Pemberian dos penggalak atau booster dose kepada mereka yang telah lengkap vaksin tidak akan membantu mengawal penularan varian Delta, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Penularan varian itu sebaliknya jelas beliau, dapat dikawal menerusi pengambilan vaksin seperti disarankan pihak berkuasa kesihatan.
"Kita mesti meningkatkan liputan vaksin dalam negara terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan dos penggalak.
"Tiada sesiapa yang selamat sehingga semua orang selamat," katanya di sini hari ini.
Menurut Dr Noor Hisham, keutamaan akan diberikan kepada individu yang belum menerima vaksin COVID-19 berbanding pemberian dos penggalak bagi mereka yang sudah melengkapkan proses imunisasi masing-masing.
Media sebelum ini melaporkan, satu kajian baharu mendapati, varian Delta masih boleh membiak di dalam hidung walaupun individu terbabit sudah divaksin.
Keadaan itu adalah sama dengan apa boleh dialami oleh orang lain yang masih belum mendapatkan suntikan berkenaan.
“Kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta itu membiak di hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin.
"Virus yang membiak itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi. Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain," kata kajian tersebut.
Setakat 23 Ogos, 80 peratus penduduk di Lembah Klang telah menerima dos pertama vaksin COVID-19, manakala 62.3 peratus telah melengkapkan proses imunisasi masing-masing.
Data itu adalah berdasarkan bancian tahun 2010 yang tidak mengambil kira pertumbuhan penduduk dalam 11 tahun terakhir termasuk populasi pendatang asing tanpa izin (PATI).
Kerajaan ingin mempercepatkan kadar vaksinasi di Lembah Klang yang mencatatkan kadar tertinggi penularan COVID-19, berikutan penularan varian Delta.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Setiap hari bila baca berita atau info pasal Covid ni memang merisaukan. Rasa macam nak menyorok dlm rumah je. Tapi kehidupan mesti diteruskan. Perlu cari makan. Tawakal je la. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|