CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1637|Reply: 7

[Borneo] Warna Darah Berubah Selepas Vaksin? Mengarut! - Pakar

[Copy link]
Post time 28-8-2021 04:22 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR -Sejak program imunisasi COVID-19 diperkenalkan di Malaysia, negara tidak pernah sunyi daripada pelbagai teori konspirasi dan dakyah palsu untuk membuktikan kononnya suntikan berkenaan sarat dengan pelbagai keburukan.

Bukan sekadar mendakwa vaksin berkenaan menggunaan ramuan bahan tidak halal, ia juga dikatakan penyebab kepada jutaan reaksi buruk, termasuk kematian.

Fahaman salah disebarkan golongan anti vaksin atau gemar melabel diri sendiri sebagai Pro Choice ini sedikit sebanyak mencetuskan ketakutan dan kekeliruan kepada orang awam.

Ia disebarkan dengan begitu meluas di media sosial dan pelbagai aplikasi perbualan, malah ada yang sehingga mewujudkan kumpulan khas, khusus bagi membincangkan pelbagai kesan buruk akibat pengambilan vaksin COVID-19.

Terbaru, tular sebuah rakaman video memaparkan bagaimana warna darah boleh berubah, ketika melakukan amalan berbekam selepas pengambilan vaksin tersebut.

Ia menimbulkan kebimbangan orang ramai, khususnya mereka yang masih belum mendapatkan suntikan berkenaan.

Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, warna darah selepas pengambilan vaksin tidak akan bertukar kerana suntikan terbabit tidak mengandungi sebarang unsur yang boleh membawa kepada perubahan itu.

"Darah yang keluar dari kulit kita akan membeku mengikut masa tertentu, sama ada berwarna cerah atau pekat kehitaman, ia berbeza berdasarkan situasi, namun bagi kebanyakan manusia, (warnanya) adalah sama.

Contohnya orang yang mengalami anemia (hemoglobin sel darah merah rendah) darah mereka akan nampak lebih cerah, cair dan berplasma. Sekali imbas nampak seolah bernanah. Bagi yang berpenyakit Polycytemia pula, darah mereka kelihatan pekat kerana kekurangan serum," katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini.

Menurut Dr Suhazeli, suntikan vaksin diberikan melalui tusukan jarum ke dalam otot bahu, sedangkan darah yang keluar daripada proses berbekam adalah dari lapisan bawah kulit.

Perubahan warna darah akibat suntikan imunisasi ini adalah satu lagi mitos rekaan golongan tidak bertanggungjawab, iaitu puak sama menyebarkan kononnya vaksin berkenaan mengandungi cip komputer untuk menjejaki semua pergerakan kita.

“Puak ini aktif menyebarkan pelbagai dakyah mengarut, kononnya vaksin COVID-19 boleh megubah DNA atau genetik penerima, malah membawa kepada pemandulan dan penghapusan tamadun manusia,” katanya, kesal.

Semua mitos berkenaan tegas Dr Suhazeli, sudah disanggah sedari awal oleh pakar perubatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Golongan anti vaksin juga katanya, tidak seharusnya menggunakan dalil agama bagi ‘menghalalkan’ perbuatan mereka menyebarkan berita palsu kepada orang ramai.

" Dalam situasi genting seperti pandemik ini, perlindungan ke atas nyawa adalah menjadi keutamaan bagi memelihara kesinambungan generasi dan kelangsungan umat manusia.

“Tiada istilah vaksin itu haram menurut agama Islam, namun yang menjadi persoalan, berapa ramai yang mahu mengambil suntikan ini secara sukarela,” katanya.

Tindakan golongan anti vaksin yang cenderung mempengaruhi orang ramai menolak suntikan imunisasi itu katanya, berpotensi menyebabkan penularan virus COVID-19 menjadi semakin teruk.

"Anti vaksin memang tak ramai, lebih kurang lima peratus sahaja tetapi suara mereka sangat lantang dan berpotensi menukar pandangan individu atas pagar untuk menolak vaksin.

"Ia tak sama dengan golongan yang menolak vaksin kerana ragu-ragu. Tak mahu (ambil) vaksin, itu pilihan anda kerana ia sememangnya bukan kewajipan, namun jangan sebarkan fakta palsu yang mampu mengelirukan masyarakat, " tegasnya.

Dr Suhazeli menambah, orang ramai perlu peka mengenai isu vaksin COVID-19 dan jangan sewenang-wenangnya membiarkan diri mereka  terpengaruh dengan dakwaan serta maklumat yang tidak tepat.

"Jangan mudah terpengaruh dengan mitos dan info palsu di media sosial, termasuk menyapu madu lebah di kawasan suntikan untuk meneutralkan kandungan vaksin kerana tiada bukti mahupun kajian yang rasmi mengesahkan pekara tersebut.

"Terdapat banyak kajian dan nasihat daripada pakar vaksin yang berwibawa dan tepat di laman rasmi Kementerian Kesihatan (KKM), rujuklah jika terdapat persoalan mengenai vaksin COVID-19 ini," katanya. - Getaran, 27 Ogos 2021.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2021 04:23 AM | Show all posts
takmo vaksin takpa ...
takde sapa nak paksa2 ...
tapi...
jangan la sampai nak huru hara sana sini ...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2021 01:36 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 27-8-2021 08:23 PM
takmo vaksin takpa ...
takde sapa nak paksa2 ...
tapi...

biasalah dorang tu
nak kumpul ramai geng
tu yang buat citer mcm2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2021 07:12 PM | Show all posts
Vellfire replied at 28-8-2021 01:36 PM
biasalah dorang tu
nak kumpul ramai geng
tu yang buat citer mcm2
kalau tak vaksin ...

apa iktiar dier rang ey ... ?


Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 28-8-2021 07:12 PM
kalau tak vaksin ...

apa iktiar dier rang ey ... ?

Ikhtiar dorang minum rebusan air cengkih. Minum air lemon banyak2. Makan vitamin c banyak2. Hidu cuka makan. Makan bawang putih banyak2 dan amalkan makanan sunnah. Tak tahulah apa dalam otak dorang...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2021 06:53 PM | Show all posts
Olumis replied at 29-8-2021 04:45 PM
Ikhtiar dorang minum rebusan air cengkih. Minum air lemon banyak2. Makan vitamin c banyak2. Hidu c ...
aiseh ...
kita2 yang dah vaksin pun ada gak ikhtiar gtu

tapi minum lemon banyak2 tu bahaya juga sebenar nya kalo berlebihan ...

VitsC banyak2 pun ada yang mengadu kulit jadi gatal2 ... ruam teruk...

hidu cuka tu tak tau lagi FC





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2021 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 29-8-2021 06:53 PM
aiseh ...
kita2 yang dah vaksin pun ada gak ikhtiar gtu


Overdose kan. Itula jd macam tu. Yang hidu cuka makan tu petua dr video yg viral dkt indon. Terlampau minum air lemon pun tak bagus jg sebenarnya kan. Hari tu saya pun jd mangsa covid ni jg. Ada jg try bunga cengkih dan hidu cuka makan tu sebab hilang deria bau. Tp tak berkesan pun dengan sy. Nasib jg dah lengkap vaksin so simptom tu kurang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2021 01:37 AM | Show all posts
Olumis replied at 29-8-2021 09:24 PM
Overdose kan. Itula jd macam tu. Yang hidu cuka makan tu petua dr video yg viral dkt indon. Terlam ...
FC dah terkena dua2 kesan overdose lemon
bertahun2 dulu sblom Covid ni wujud ...
- kesan mencuci tangan menggunakan lemon ... yes ... memula kulit memang halus mulus jadi nya ... tapi mungkin sebab hari2 guna lemon ... kulit menjadi kemerah2an ... mula rasa pedih ... pastu menggelupas ... huhu serik...

- kesan minum banyak sangat air lemon ... masa tu batuk2 ... cuba lah petua ... minum lemon suam ... memang hilang rasa gatal2 batuk... apalagi lah kan ... makin banyak minum ...
tau2 lepas tu huhuhu seminggu hilang suara

pasal VitC berlebihan ni FC baca lah keluhan sorang acik ni... yang Fc ajar dalam Group Kraf ... kata nya dier rang yakin ... makan banyak VitsC ni imunisasi badan akan kuat ... dia pergi makan 1000mg 3x sehari ... seminggu pastu timbul ruam gatal2 kat seluruh badan dia ... pedih sebab kadang tergaru ... dia tunjuk la kulit dia ... ades ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54638 Replies : 10
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106640 Replies : 1105
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 27681 Replies : 647
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 33972 Replies : 758
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 391 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 52391 Replies : 240
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 23664 Replies : 156
Tarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
maklukpenggodaTarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
Views : 12229 Replies : 23
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88531 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.188412 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list