CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 897|Reply: 1

[Sabah] Perjalanan Mencabar Bawa CanSino Ke Kalabakan

[Copy link]
Post time 28-8-2021 04:16 AM | Show all posts |Read mode


KALABAKAN - Petugas program vaksinasi 'outreach' terpaksa menempuh perjalanan mencabar dan berliku hampir dua jam mengharungi jalan tidak berturap, berbukit dan dilitupi hutan bagi melaksanakan program pemberian vaksin COVID-19 jenis dos tunggal CanSino di pedalaman iaitu Kampung Serudung Laut dekat sini.

Jalan sejauh 70 kilometer dari Kampung Kalabakan ke Kampung Serudung Laut itu hanya boleh dilalui pacuan empat roda, justeru sebanyak 15 kenderaan daripada Kelab 4x4 Kalabakan digunakan bukan sahaja untuk membawa vaksin CanSino tetapi juga anggota pasukan tersebut.

Lebih 30 anggota pasukan itu, yang terdiri daripada petugas kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Penerangan dan Majlis Keselamatan Negara, tersenyum puas setelah penat lelah mereka membawa vaksin CanSino berbaloi apabila 300 penduduk termasuk 50 pekerja asing hadir menerima suntikan.

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Harun Maddasa berkata walaupun terpaksa menghadapi pelbagai risiko bagi menjayakan program tersebut, semua itu dihadapi mereka dengan hati yang terbuka semata-mata bagi memastikan penduduk Kampung Serudung Laut, yang terletak jauh di pedalaman, mendapat vaksin.

"Pemilihan Kampung Serudung Laut bagi program ini dibuat kerana kriteria kedudukan geografi kampung berkenaan yang jauh dan sukar dilalui… ini penting kerana kita mahu pastikan penduduk mendapat vaksin walaupun mereka jauh di pedalaman," katanya kepada pemberita pada program itu.

Winner Julius, 33, pula gembira kerana diberi peluang menjadi antara penerima terawal vaksin CanSino di Sabah dan dos tunggal vaksin itu amat memudahkan dirinya serta penduduk kampung kerana mereka tidak perlu memikirkan tentang dos kedua.

"Kiranya selepas ini saya sudah lengkap vaksin. Meskipun tinggal di kawasan pedalaman namun vaksinasi juga penting kerana risiko untuk mendapat penyakit ini boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana-mana.

"Lagipun saya perlu memanfaatkan program ‘outreach’ suntikan vaksin COVID-19 yang sudah dibawa khas oleh kerajaan ke kampung ini dan bersyukur dapat vaksin jenis satu dos saja, tiada lagi selepas ini.  Apa juga jenis vaksin itu sebenarnya baik," katanya.

Rakannya, Kenny Matinus, 32, turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dalam pemberian vaksin COVID-19 kepada penduduk di pedalaman.

"Syukur dapat suntikan CanSino hari ini, walaupun kami di kawasan terpencil tapi kami juga diberi keutamaan.  Saya takut juga dengan COVID-19, kes di Kalabakan ini juga banyak tetapi sekarang dengan ada vaksin ini, saya yakin tahap kesihatan saya lebih terjamin," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik Hassan Ghani Pg Amir pula berharap penduduk di kawasannya memanfaatkan program ‘outreach’ yang diadakan kerajaan untuk pemberian vaksin COVID-19. - Bernama


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2021 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Untungla siapa yg dpt Cansino ni. Sekali cucuk je. Xperlu fikir dos kedua. Bagi sstgah kawasan pendalaman di Sabah, Vax ni mmg memudahkan. Bukan sbb transport susah, ada je org sanggup bawak passenger mcm kereta sapu kat sana. Tapi Mahal la.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54638 Replies : 10
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106640 Replies : 1105
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 27681 Replies : 647
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 33972 Replies : 758
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 391 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 52391 Replies : 240
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 23664 Replies : 156
Tarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
maklukpenggodaTarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
Views : 12229 Replies : 23
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88531 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.767271 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list