CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1024|Reply: 2

Emily VanCamp, Josh Bowman dapat bayi perempuan

[Copy link]
Post time 27-8-2021 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Emily VanCamp, Josh Bowman dapat bayi perempuan


Emily VanCamp dan Josh Bowman.

Los Angeles: Pelakon Emily VanCamp, 35, mengumumkan dia dan suaminya Josh Bowman, 33, menimang cahaya mata sulung iaitu bayi perempuan yang dinamakan Iris, semalam.

Bintang siri Revenge itu berkongsi berita gembira berkenaan di Instagram menerusi satu hantaran foto jarinya memegang jari anak kecil itu.

"Selamat datang ke dunia si kecil manis kami, Iris. Hati kami berbunga-bunga," katanya.

VanCamp tidak pernah mengesahkan dirinya hamil atau bakal menimang cahaya mata sebelum ini. Namun, timbul spekulasi mengenai kehamilan terbabit selepas dia dan suaminya menyepi dari media sosial.

Teka-teki berkenaan terjawab dengan hantaran terbaru itu.

Dia turut berkongsi gambarnya sewaktu hamil bersama Bowman.

Pasangan terbabit mula berkenalan sewaktu menjayakan penggambaran Revenge. Mereka kemudian menjalin cinta sebelum berkahwin pada 2018.

Majlis bahagia mereka dilangsungkan di Bahamas sebelum berbulan madu di Miami.

VanCamp pernah mendedahkan, personaliti Bowman yang penyabar dan sentiasa positif cukup disenanginya.






Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2021 08:18 PM | Show all posts
rahsia?kat the resident tu obvious kot muka dia bulat
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2021 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Emily vancamp ni mmg sentiasa cinlok kan..sib baik time berlakon capten america dia dah dgn josh ni..kalo xmsti sangkut cinlok gak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.045263 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list