View: 8264|Reply: 50
|
Dah Jadi Ibu Pun Erynne Erynna Susah Nak Dapat Watak Dewasa
[Copy link]
|
|
Dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Erynne Erynna mengakui masih ramai yang belum mengetahui dia kini sudah bergelar isteri dan memiliki seorang cahaya mata.
Bahagia melalui alam perkahwinan, Erynne atau nama sebenar Syazlynne Erynne Abdullah, 24, berkata dia mempelajari banyak perkara baharu sepanjang melalui alam perkahwinan.
Foto: IG
"Umur 21 tahun saya bertemu jodoh dan berkahwin, sejujurnya kahwin muda ni bukanlah mudah sebab banyak benda saya kena belajar dan perlu bersiap sedia.
"Selepas berkahwin, tak lama kemudian jadi ibu pula. Sekarang barulah saya faham... bukan mudah melahirkan dan membesarkan anak. Ini merupakan satu perjalanan yang cukup mencabar.
"Sekarang ini saya lebih menghargai pengorbanan ibu semasa membesarkan saya dahulu... Alhamdulillah saya seronok dan bahagia melalui fasa kehidupan ini," katanya kepada mStar.
Erynne ditemui semasa sidang media drama Ali Alia yang diadakan secara maya, baru-baru ini.
Erynne yang memulakan karier lakonan sejak berusia lapan tahun berkahwin dengan Afify Sazali pada 17 April 2019.
Pasangan ini menimang cahaya mata sulung perempuan diberi nama Medinah berusia setahun.
Bercakap mengenai karier lakonan, Erynne berkata dia akan meneruskan kerjaya dalam bidang ini meskipun dirinya sudah memegang status sebagai seorang isteri dan ibu.
"Bidang lakonan sudah sebati dan menjadi jiwa saya. Sejujurnya, kalau orang tanya berapa lama saya akan jadi pelakon... jawapan saya sehingga mati.
"Jika diizinkan Allah, masih ada rezeki dalam bidang ini dan selagi orang nampak bakat saya, semestinya saya akan terus berada di sini.
"Walaupun dah jadi ibu ni saya akui susah nak dapat watak wanita dewasa, mungkin sebab fizikal saya kecil dan tak nampak matang.
"Tapi kalau diberi watak sebegitu saya okay sahaja, cuma macam mana saya nak nampak matured tu... mungkin saya kena tukar imej, mekap atau cara pemakaian nanti," ujarnya.
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg comel budak ni, tapi gambar 1st tu nampak dah matang jugak mukanya, dia ni ke.. atau yg lain. x ingat dah, dulu mcm pakai tudung.. ke pelakon remaja yg lain tu, konpius |
|
|
|
|
|
|
|
ya Aullohhh acik2 porom dah tua ke ape semakin ramai retis bbnu whu are yussss |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni muka bandar betul ye. I tiap kali temgok dia mesti rasa nak but muka memek nangis. Hahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
princessmiang replied at 27-8-2021 11:33 AM
ya Aullohhh acik2 porom dah tua ke ape semakin ramai retis bbnu whu are yussss
Ni bukan retis bbnu acik incess..dia ni berlakon sejak kecik lg..skarang dh besar..haha |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa incess tak kenal..hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenal muka dia tapi tak tau nama, sekarang byk bawa watak bertudung, terbaru dia ada berlakon dlm drama ghaib di tv3 |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama tak nampak dia berlakon kecik2 dulu ada je drama dia dkt tv |
|
|
|
|
|
|
|
Jolabu replied at 27-8-2021 01:43 PM
Kenal muka dia tapi tak tau nama, sekarang byk bawa watak bertudung, terbaru dia ada berlakon dlm dr ...
Tu bukan drama baru..tu tahun 2019 punya drama..dulu tyg kat tonton je.. |
|
|
|
|
|
|
|
princessmiang replied at 27-8-2021 12:25 PM
kenapa incess tak kenal..hahaha
byk dia berlakon dl.. saing2 fimie don |
|
|
|
|
|
|
|
Rupa dr kecik ke dewasa sama je dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Saing2 qismina, elfira loy, eyka farhana, x sesuai pegang watak org dewasa sbb nampak kanak2 lagi |
|
|
|
|
|
|
|
xtaw pun dia dah kawen tetiba ms ternmpk ig dia dah ada anak
lakunan dia okay xdelah over sgt
Dah tgk semlm cerita Ali Alia ni
scary tgk si faezah elai jd mak diaorg dgn mata terjegil tu |
|
|
|
|
|
|
|
mula2 whoisssyuhhhh jugak
tapi bila tengok side profile cam..
Laaaaaaa budak niiiiiiii lohhh dah besooooo dahhh haaa
|
|
|
|
|
|
|
|
imanjannah replied at 27-8-2021 11:33 AM
mmg comel budak ni, tapi gambar 1st tu nampak dah matang jugak mukanya, dia ni ke.. atau yg lain. x ...
Orang yg sama sis... |
|
|
|
|
|
|
|
Time kecik2 je die berbakat..skang belakon xde kesan pon |
|
|
|
|
|
|
|
Iols perasan Pelakon budak2 yang dah besar susah nak dapat pegang watak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak matang cara dia type on her ig. One day boleh jd pelakon gred A mcm saing2 nabila huda, fasha, rita rudaini gitu |
|
|
|
|
|
|
|
suka tengok dia ni berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
ninnamina replied at 27-8-2021 05:03 PM
Iols perasan Pelakon budak2 yang dah besar susah nak dapat pegang watak..
Rykal tu kat mana agaknya? Mia sara tu ada juga thread kat cari.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|