Dari Kelantan Ke Negeri Melaka,
Singgah Berehat di Pekan Kuantan,
Sudah 64 Tahun Malaysia Merdeka,
Hidup Aman Tiada Keperitan.
Malaysia sudah mengharungi 64 tahun sebagai negara merdeka. Sungguhpun begitu, berapa ramai di antara kita ataupun dalam kalangan rakyat Malaysia itu sendiri yang benar-benar faham dan menghayati maksud sebenar erti kemerdekaan. Semoga Hari Kebangsaan yang disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat kebaikan lebih baik, terutamanya dalam aspek memelihara perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.
Sambil tu Jom!!~ kita nyanyi bersama ...
Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 64.
Negaraku Malaysia tanah tumpahnya darahku.
DI SINI SETIA TERUKIR
Ini Tanah Air, Tempat Bermula Dan Berakhir,
Cinta Pertama, Di Sini Setia Terukir.
Kita Telusuri Batas Sejarah Ke Musim Suram Terjajah,
Menguak Hitam Belenggu Dalam Murup Durja Yang Gundah,
Saat Melangkah Runduk Di Bawah Serakah Telunjuk,
Suara Pun Hilang Terpanar Di Tengah Sorak Petualang.
Di Denai Waktu Membiak Tunas Insaf Seluruh Warga,
Musibah Lalu Jangan Lagi Meragut Sejahtera Wangsa,
Bumi Ini Tanah Air Pesaka Warisan Pejuang,
Titisan Darah, Keringat Basah Dan Semangat Menjulang
Malaysiaku Mewangi Setanggi Seribu Aroma Narwastu
Melimpah Sejuta Anugerah Dari Rahmat Teguh Bersatu,
Menjulang Wawasan Gemilang Ke Puncak Persada Mercu Biru,
Membias Bayu Kecundang Jelmaan Cemburu Sejuta Seteru.
Alaf Ini Tempoh Memacu Samara Cintakan Bumi Pertiwi,
Membilas Noda Hitam Dari Kemelut Sengketa Selisih Semalam,
Memesra Anggun, Menghijau Santun, Muhibah Rimbun
Ini Negeri Terbaik, Budaya Tercantik, Rakyat Terdidik,
Mengorak Langkah, Berpangsi Arah Menancap Monumen Terindah.
Sambutlah Gemersik Suara Nafiri Seruan Perjuangan,
Cokmar Kebebasan Biar Lestari Kukuh Dalam Genggaman,
Tanah Ini Milik Hakiki Zaman Berzaman,
Jangan Sampai Berulang Lagi Nista Kehinaan.
Ini Tanah Kita, Padang Permainan Seluruh Anak Bangsa,
Ini Jiwa Kita, Nafas Kita, Roh Generasi Merdeka,
Nusa Ini Maruah Kita, Citra Kita, Martabat Daulat Perkasa,
Wilayah Ini Wacana Hitam Putih Wadah Pemangkin Wibawa.
Ini Tanah Air, Tempat Bermula Dan Berakhir,
Di Sini Setia Terukir, Cinta Pertama Dan Terakhir,
Biar Luluh Jiwa Raga, Darah Setiaku Tetap Mengalir
Biar Nyawa Luluh Tercicir, Janji Ini Tidak Termungkir.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-64. Cepat sembuh, Malaysia! Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Moga nanti kita akan "merdeka" daripada Covid 19.