CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 610|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bakar baju rumah hangus

[Copy link]
Post time 27-8-2021 09:06 AM | Show all posts |Read mode
Bakar baju rumah hangus[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


ANGGOTA penyelamat membawa mangsa keluar dari rumahnya yang terbakar di Blok Bakau Street, Solok Sungai Pinang.







Georgetown: Akibat membakar pakaian di dalam rumah, seorang wanita warga emas nyaris maut dalam kebakaran di Blok Bakau Street, Solok Sungai Pinang di sini, kelmarin.

Tindakan wanita berusia 77 tahun itu dipercayai berlaku akibat tekanan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak Fadzil Mohamad berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 10.40 malam.

Katanya, ketika di lokasi, didapati kepulan asap tebal keluar dari tingkap bilik rumah mangsa di tingkat tiga flat berkenaan.

"Asap tebal memenuhi ruang rumah ketika anggota bomba menyelamatkan mangsa.

"Api berjaya dikawal pada jam 11 malam dan kebakaran itu membabitkan 50 peratus kemusnahan, " katanya.

Mangsa yang berada dalam keadaan lemah akibat terhidu asap dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa tinggal seorang diri di rumah berkenaan.

"Api dipercayai berpunca daripada baju yang dibakar warga emas itu sendiri di dalam biliknya akibat mengalami tekanan," kata Fadzil lagi.





Disiarkan pada: Ogos 27, 2021 @ 7:02am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.046793 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list