View: 898|Reply: 2
|
[Sarawak]
Makhluk perosak didakwa. Edar dadah 6.4kg
[Copy link]
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 28-8-2021 03:36 AM
KUCHING: Seorang penganggur didakwa mengedar 6.4 kilogram dadah jenis syabu.
Tertuduh Zaki Haziq Bahron, 25, didakwa mengedar 6.4 kilogram syabu pada 15 Ogos lalu, jam lebih kurang 1.30 petang di dalam sebuah kereta diletakkan di tepi Jalan Hup Kee, di sini.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Tertuduh Zaki Haziq Bahron, 25, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan mahkamah menetapkan 27 September depan untuk serahan laporan kimia.
Tertuduh tidak ditawarkan jaminan dan diperintahkan supaya ditahan lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.
credit
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yang mendadih jadi kurus kering ...
Yang mengedar nya pula sihat walafiat ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|