CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 745|Reply: 1

[Sarawak] Enam daerah di Sarawak dapat karan sepenuhnya

[Copy link]
Post time 27-8-2021 07:35 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING, 26 Ogos: Daerah Sibu, Sarikei, Mukah, Kapit, Bukit Mabong, dan Song di wilayah tengah Sarawak berada di landasan untuk dapat sepenuhnya dibekalkan elektrik tahun depan.

Menteri Utiliti Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata ini walaupun terdapat cabaran dari sekatan kawalan pergerakan dan masalah akses daratan ke daerah terbabit.

"Sarawak masih dalam landasan untuk membekalkan elektrik sepenuhnya di daerah-daerah wilayah tengah iaitu Sibu, Sarikei, Mukah, Kapit, Bukit Mabong, dan Song pada akhir tahun depan,"katanya dalam kenyataan media Sarawak Energy hari ini.

Dr Rundi berkata pihaknya dapat mencapai kemajuan luar biasa itu setelah Ketua Menteri setuju memperuntukkan RM2.37 bilion di bawah Projek Rakyat untuk meningkatkan usaha pembekalan elektrik luar bandar  meliputi projek transmisi dan pengedaran luar bandar serta pelaksanaan penyelesaian luar talian grid untuk kampung terpencil.

Katanya peruntukan tersebut juga memungkinkan pelaksanaan strategi pembekalan elektrik secara serentak di bawah Pelan Induk Elektrifikasi Luar Bandar Dipercepatkan.

"Bagi wilayah tengah, kira-kira 5,807 isi rumah di luar bandar telah mendapat bekalan elektrik 24 jam yang boleh dipercayai melalui inisiatif ini sejak tahun 2019,"katanya.

Ini termasuk 3,703 isi rumah di luar bandar Kapit yang kini mempunyai akses kepada elektrik 24 jam yang boleh dipercayai di luar grid melalui Sarawak Alternative Rural Electricity Supply atau skim SARES.  

"Menjelang akhir tahun ini, tambahan 4,591 isi rumah luar bandar di wilayah tengah akan mendapat akses kepada bekalan elektrik 24 jam yang boleh dipercayai, di mana 4,035 isi rumah akan bersambung dengan grid, sementara 133 isi rumah luar bandar akan dibekalkan luar grid melalui skim SARES," menurut Dr Rundi.

Katanya tambahan 3,728 lagi isi rumah luar bandar di wilayah tengah akan diberi akses kepada bekalan elektrik 24 jam yang boleh dipercayai menjelang 2022 sebelum liputan elektrik di wilayah ini mencapai 100 peratus.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan  Sarawak Energy, Datu Sharbini Suhaili menjelaskan, pihaknya optimis dapat memenuhi sasaran elektrifikasi penuh Sarawak pada tahun 2025 atau sebelumnya.

"Kami baru-baru ini menugaskan tiga pencawang voltan sederhana 33 / 11kV baru di Pakan, Nanga Ngungun dan Julau di wilayah tengah untuk meningkatkan kebolehpercayaan bekalan di kawasan itu," katanya.

Katanya Ketiga-tiga pencawang baru ini akan menjadi penghubung penting antara sistem penghantaran dan rangkaian pengedaran serta meminimumkan halangan untuk memperluas sistem pengedaran ke kawasan luar bandar.

"Pada suku ketiga 2021, satu lagi pencawang voltan ekstra tinggi di Kanowit akan ditugaskan, seterusnya memperkuatkan lagi keselamatan tenaga di wilayah tengah, "katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2021 07:36 AM | Show all posts
Jangan janji tinggal janji ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54638 Replies : 10
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106640 Replies : 1105
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 27681 Replies : 647
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 33972 Replies : 758
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 391 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 52391 Replies : 240
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 23664 Replies : 156
Tarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
maklukpenggodaTarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
Views : 12229 Replies : 23
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88531 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.638523 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list