Bermula Dengan Sukan Bola Sepak, Nama-Nama Hebat Ini Kini Menceburkan Diri Dalam Perfileman
Pemain bola sepak sering berpindah dari padang ke skrin besar dengan penampilan dalam beberapa filem selama bertahun-tahun.
Sukan dipenuhi dengan pemain yang mempunyai daya tarikan dan personaliti menarik. Segelintir daripada mereka bertuah untuk mengukir kerjaya dalam bidang lakonan.
Terdapat juga beberapa tokoh-tokoh popular di dunia bola sepak ini telah berjaya menukar kerjaya mereka sepenuhnya ke dalam industri filem.
Berikut adalah senarai pemain-pemain bola sepak yang pernah muncul dalam filem.
1. David Beckham
Bekas pemain Manchester United dan bintang Real Madrid, David Beckham tidak asing lagi dengan filem. Dia sudah membuat banyak penampilan dalam beberapa babak dan juga watak kecil.
Beckham pernah muncul dalam Goal!, Goal II: Living the Dream, Goal III: Taking on the World, The Man from U.N.C.L.E dan Trigger in King Arthur: Legend of the Sword.
2. Stan Collymore
Stanley Collymore adalah seorang bekas pemain bola sepak Inggeris dalam pasukan Nottingham Forest dan kemudian Liverpool dengan memegang posisi penyerang sehingga tahun 1997.
Collymore memegang watak sebagai Kevin Franks, pemain bola sepak Inggeris yang terkenal dalam filem Basic Instinct 2.
3. Eric Cantona
Eric Cantona telah beralih sepenuhnya dalam industri filem sebagai seorang pelakon, pengarah dan penerbit. Dia merupakan bekas pemain ikonik dalam pasukan Manchester United.
Cantona pertama kali memegang watak utamanya dalam filem Elizabeth oleh Shekhar Kapur pada tahun 1998. Kini, dia terus muncul dalam banyak filem lain terutamanya di Perancis.
4. Neymar Jr.
Bintang pasukan Brazil, Neymar Jr. telah muncul dalam sekuel XXX: Return of Xander Cage bersama Samuel L. Jackson. Dia berjaya menggunakan kemahiran bola sepaknya dalam beberapa babak filem ini.
5. Vinnie Jones
Vinnie Jones juga telah menukar kerjayanya dalam industri filem sebagai pelakon dan penerbit. Dia merupakan bekas pemain bola sepak dalam pasukan Wimbledon, Leeds United, Sheffield United, Chelsea, dan Queens Park Rangers.
Jones debut dalam filem Lock, Stock & Two Smoking Barrels dari arahan Guy Ritchie tahun 1998. Sejak itu dia telah membintangi dalam banyak filem dan rancangan TV termasuk Eurotrip dan X-Men: The Last Stand.