CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1497|Reply: 3

Teruknya perangai...Ron Jeremy rogol orang sejak 1996

[Copy link]
Post time 26-8-2021 05:33 PM | Show all posts |Read mode

Jeremy ketika sesi perbicaraan atas tuduhan rogol dan serangan seksual di Pusat Keadilan Jenayah Clara Shortridge Foltz di Los Angeles, California pada 25 Jun 2020. -AFP

Bintang filem lucah didakwa kes rogol, serangan seksual

LOS ANGELES, California – Bintang porno, Ron Jeremy secara rasmi dituduh melakukan rogol atau serangan seksual terhadap 21 wanita dan gadis, kata pendakwa raya Amerika Syarikat semalam.

Jeremy  yang membintangi lebih 1,700 filem lucah sejak tahun 1970-an, telah menjadi subjek tuduhan jenayah dalam industri tersebut selama bertahun-tahun.

Pada Jun 2020 dia dituduh merogol tiga wanita dan menyerang mangsa keempat secara seksual, manakala kemunculannya di sebuah mahkamah di Los Angeles membayangkan bahawa Jeremy bakal berdepan banyak tuduhan lain.

Tuduhan terhadap aktor filem lucah tersebut bermula pada tahun 1996 dan melibatkan 21 mangsa yang didakwa berumur antara 15 tahun hingga 51 tahun, kata pendakwa raya Los Angeles, George Gascon semalam.

Jeremy yang sebelum ini membuat pengakuan tidak bersalah, menyatakan perkara serupa dalam kenyataannya di laman  Twitter sekali gus  menafikan semua tuduhan terhadap dirinya.

Dia boleh dipenjara seumur hidup sekiranya didapati bersalah.

Pelakon berusia 68 tahun itu atau  nama sebenarnya Ronald Jeremy Hyatt  membintangi banyak filem dewasa termasuk yang popular.

Dia juga merupakan antara bintang filem lucah  paling dikenali dalam kalangan orang awam. – AFP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2021 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa muda mcm mana rupa pokcik ni..hot kah smpi boleh jadi pornstar
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Heols nieyh memang terang-terangan giler seks. Nampak ropa pervert tua.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 12:27 AM | Show all posts
Geli nye tgk muka heols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.051194 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list