CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2599|Reply: 21

[Sarawak] Buang bayi - Pasangan kekasih ditangkap

[Copy link]
Post time 26-8-2021 02:42 PM | Show all posts |Read mode
GEMPAR di Kuching hari ini akan kejadian penemuan seorang bayi yang sempurna sifatnya yang dijumpa orang awam diletakkan diatas bakul sebuah motosikal di satu perkampungan di Kuching, Sarawak. Kejadian dilapurkan pada awal pagi ini.

Berikutan kes itu, satu pasangan kekasih telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. Adalah difahamkan bayi itu telah dilahirkan dengan cara normal dan sebab musabab dia diperlakukan sedemikian rupa sememangnya tidak boleh kita terima sama sekali.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2021 02:43 PM | Show all posts
Buang bayi dalam bakul motosikal,
remaja berusia 16 tahun ditahan

KUCHING: Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan kes buang bayi di Kampung Siol Kandis, pagi tadi.

Kedua-dua remaja berusia 16 tahun tersebut ditahan kurang empat jam selepas penemuan bayi cukup sifat.

Menurut sumber, kedua-dua suspek yang ditahan berasal dari kampung yang sama.

Dipercayai, bayi cukup bulan tersebut dilahirkan di tandas rumah sekitar jam 2 pagi.

Suspek kemudian menghubungi rakannya untuk membantu membersihkan bayi tersebut serta membungkus dengan tuala sebelum meletakkan di bakul sebuah motosikal.

Difahamkan ahli keluarga tidak menyedari remaja terbabit mengandung dan semasa dilahirkan tidak ada kedengaran bunyi bayi menangis.

Terdahulu, seorang penduduk kampung yang mahu turun bekerja sekitar jam 6 pagi, mendapati bayi disimpan bakul motosikal. Dia kemudian menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian.

Ahsmon akan membuat kenyataan media berhubung kes ini.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 02:46 PM | Show all posts
KUCHING - Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching berjaya menyelesaikan kes pembuangan bayi dalam jangkamasa kurang 4 jam apabila menahan sepasang kekasih di Kampung Siol Kandis, Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian.

Ahsmon akan membuat kenyataan media berhubung kes ini.

Terdahulu, penduduk kampung di Siol Kandis, Kuching dikejutkan penemuan seorang bayi dalam bakul motosikal.

Seorang penduduk yang menghubungi kami berkata kejadian dipercayai berlaku ketika saksi hendak turun kerja sekitar jam 6 pagi tadi.

Bayi itu masih selamat dan kini sudah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Bayi perempuan itu dipercayai lahir cukup bulan.

Wartawan kami yang berada di lokasi merakamkan visual penahanan saspek serta proses siasatan awal yang dijalankan PDRM.


credit






Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
wuishhhh tak sakit ke wehhhhhh beranak sorang
dah laaa muda lagi tu haaa
haihhhhh kenapa makpak tak pantau anak remaja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 02:49 PM | Show all posts
dalam keadaan ramai ketakutan nak mengandung masa pandemik ni...

dier rang lak relax2 ... ades ...
dah tu simpan baby tu gtu jer dalam bakul motosikal


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 02:50 PM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 26-8-2021 02:47 PM
wuishhhh tak sakit ke wehhhhhh beranak sorang
dah laaa muda lagi tu haaa
haihhhhh kenapa makpak ta ...
tu la ...
sampai tak sedar anak mengadung 9 bulan ... tak kan takde ketara perubahan ...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2021 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik bawang ckp klau x perasan org tu mengandung biasanya org badan besar....ntah le betul ke x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 03:08 PM | Show all posts
grouper replied at 26-8-2021 03:01 PM
Makcik bawang ckp klau x perasan org tu mengandung biasanya org badan besar....ntah le betul ke x
tak betul untuk kes ni ...

FC ada tengok gambar yang perempuan nya ... kurus jer ...
malas nak tepek sini... sebab ada yang pompuan jah ...

asyik2 pompuan jer orang high light kan ... yang laki nya takde


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya mak bapak saspek jugak jadi penghasut supaya si anak buang bayi yang tak bersalah tu..teringat kisah ada sorang makcik tu suruh anak dia gugurkan bayi sebab tak nak tanggung malu sehingga makcik tu terlupa nak tanggung dosa..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Haizz takkan la takde sorang pun  family yang tak perasan.. More to in denial.. Budak2 tu masih muda sangat.. Panic la tu.. Yes it takes two hands to clap.. Jangan salahkan satu pihak jer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 03:27 PM | Show all posts
Kurex replied at 26-8-2021 03:23 PM
Selalunya mak bapak saspek jugak jadi penghasut supaya si anak buang bayi yang tak bersalah tu..teri ...
giler la nak suruh anak gugur kan bayi ...

sedari awal mengapa tak jaga betul2 anak tu


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 03:29 PM | Show all posts
ease replied at 26-8-2021 03:27 PM
Haizz takkan la takde sorang pun  family yang tak perasan.. More to in denial.. Budak2 tu masih muda ...
kan ...
rasa pelik jer tak kan tak perasan ...

atau memang jenis family tak ambik peduli...

sebab tengok budak nya ... budak lagi lah bagi FC ... 16tahun ... kurus jer ... tak kan takde dalam family tak perasan ... kalau jenis badan besar tu ... kot la logik sedikit ... sedikit jer kalo tak perasan...


Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis akan siasat punya.. Nasib la anak tu hidup lagi. Kesian dia. Seram nya la remaja skarang ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 03:41 PM | Show all posts
ease replied at 26-8-2021 03:32 PM
Polis akan siasat punya.. Nasib la anak tu hidup lagi. Kesian dia. Seram nya la remaja skarang ni..
FC lebih berharap buat lah sesi kaunseling untuk kedua2 budak2 tu ...

dan berharap keluarga dari kedua-dua pihak tu yang d kenakan tindakan ...


Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 03:44 PM | Show all posts
kuat nya dia tahan sakit bersalin sndiri..... sekurng nya dia tk buang merata bb tu dia tinggal kn dkt rumah org dgn harapan ada yg akan jg...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 03:47 PM | Show all posts
Ratutulip replied at 26-8-2021 03:44 PM
kuat nya dia tahan sakit bersalin sndiri..... sekurng nya dia tk buang merata bb tu dia tinggal kn d ...
memang panik la kot ...

kurang2 dia balut elok2 ... salah tetap salah ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2021 03:59 PM | Show all posts
Senangnya la haihh diorang bersalin. Lepas tu, takde rasa belas langsung tengok anak sendiri.

Takut orang tahu lagi kuat dari takut dosa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 04:01 PM | Show all posts
MoonRise replied at 26-8-2021 03:59 PM
Senangnya la haihh diorang bersalin. Lepas tu, takde rasa belas langsung tengok anak sendiri.

Tak ...
bebudak lagi... baru 16 tahun ...
blom matang lagi walaupun dah gedik nak bersama ...


Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya baby. Paling sebak kalau dengar berita macam ni. Huhuhu. Bukan senang tanggung sakit bersalin. Kenapa korang senang2 buang macam benda tu tak bernyawa... Mgkn budak2 ni takut kot. Akal pun tak panjang. Semoga bertaubat cepat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 04:19 PM | Show all posts
Olumis replied at 26-8-2021 04:14 PM
Kesiannya baby. Paling sebak kalau dengar berita macam ni. Huhuhu. Bukan senang tanggung sakit bersa ...
jangan pula si lelaki tu lepas bebas mencari kekasih baru pasni...

geram ...


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54638 Replies : 10
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106640 Replies : 1105
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 27681 Replies : 647
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 33972 Replies : 758
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 391 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 52391 Replies : 240
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 23664 Replies : 156
Tarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
maklukpenggodaTarian gelek di Kelantan wow, meriah!!
Views : 12229 Replies : 23
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88531 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.369371 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list