CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1227|Reply: 1

[Pulau Pinang] Kabinet baharu mesti boleh bekerjasama dengan PM

[Copy link]
Post time 25-8-2021 07:29 PM | Show all posts |Read mode
Kabinet baharu mesti boleh bekerjasama dengan PM[size=0.8]Zuhainy Zulkiffli - Ogos 25, 2021 @ 5:22pmbhnews@bh.com.my



Mohd Redzuan (dua dari kiri) bermesra dengan mangsa banjir selepas menyampaikan bantuan di Kampung Masjid Teluk Kumbar, Bayan Lepas. FOTO NSTP/MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Barisan Kabinet baharu yang bakal dibentuk perlu terdiri dalam kalangan mereka yang boleh bekerjasama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, Kabinet tidak mampu berfungsi dengan baik sekiranya mereka yang dilantik tidak boleh bekerjasama dengan Perdana Menteri.

"Tak guna kalau beliau (Ismail Sabri) ambil orang yang hebat tetapi tidak boleh bekerjasama, ini akan menyebabkan Kabinet tidak berfungsi dengan sebaiknya.

"Terpulang kepada Perdana Menteri untuk melantik siapa menganggotai Kabinet termasuk yang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 100 buah keluarga terjejas banjir di sekitar Teluk Kumbar, Pulau Betong dan Sungai Burong di Balik Pulau, hari ini.

Mohd Redzuan mengulas pelantikan Jemaah Menteri dalam Kabinet baharu Ismail Sabri termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Perdana Menteri dilaporkan akan mengumumkan barisan Kabinetnya minggu ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mohd Redzuan turut mendedahkan beliau berharap dipilih sekali lagi sebagai menteri kerana masih mempunyai urusan yang belum diselesaikan terutama berkaitan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Katanya, beliau mahu menyelesaikan isu seperti menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat serta dasar pembangunan kepada Bumiputera serta kaum lain.

"Pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak terlalu jauh, maka kerajaan baharu hari ini adalah sangat penting.

"Saya tidak rasa kita boleh wujudkan dasar baharu. Jika ada pun, mungkin hanya penambahbaikan terhadap kelemahan sebelum ini," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2021 07:30 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.053168 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list