View: 841|Reply: 2
|
[Sarawak]
Kanak kanak lelaki 6 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
[Copy link]
|
|
LAWAS, 24 Ogos: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai Kampung Siang-Siang Laut, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Zaki Husin berkata, mangsa yang berumur 6 tahun itu dipercayai sedang mandi bersama ibunya dan adik beradik mangsa sebelum tenggelam ke dalam sungai.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu sekitar jam 5.20 petang tadi.
Katanya lagi, semasa kejadian, kakak mangsa telah menyedari bahawa adiknya itu tidak kelihatan dan disyaki tenggelam di dalam sungai.
Pihak bomba bergegas ke lokasi dan telah melakukan operasi mencari dan menyelamat dengan bantuan orang kampung di sekitar lokasi terakhir mangsa.
Walau bagaimanapun, setakat ini, mangsa masih belum dijumpai dan operasi menyelamat terpaksa ditangguhkan akibat cuaca gelap seterusnya akan disambung semula awal pagi esok.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga d permudahkan urusan pada hari ini dan semoga di temui ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas masih belum ditemui, operasi SAR diteruskan esok ( hari ini )
LAWAS, 26 Ogos: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ke-3 seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas mandi di sungai di Kampung Siang-Siang Laut, Jalan Trusan ditangguhkan jam 4 petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pencarian hanya dilakukan selepas tengah hari tadi berikutan arus deras dan paras air naik setinggi 10 meter.
Mangsa dikenali Mohd Adrian Muzaffar Mohd Mazlan berusia 6 tahun.
Dalam kejadian sekitar jam 5.20 petang pada Selasa, mangsa mandi bersama ibu dan adik-beradiknya di sungai belakang rumah keluarga mangsa sebelum kakaknya melihat mangsa tenggelam ke dalam sungai itu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|