CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3703|Reply: 20

Patricia Hobart 107kg ke 75kg, peminat berang ‘Fat Amy’ sekarang ‘Fit Amy’

[Copy link]
Post time 25-8-2021 09:03 AM | Show all posts |Read mode

Patricia Hobart DAHULU gempal, sekarang sudah kurus. Perubahan Rebel Wilson mengejutkan peminat.

107kg ke 75kg, peminat berang ‘Fat Amy’ sekarang ‘Fit Amy’

MASIH ingat dengan pelakon berbadan gempal yang cukup dikenali menerusi watak Fat Amy dalam filem Pitch Perfect? Percaya atau tidak, dia sekarang bukan lagi Fat Amy, bahkan semakin kelihatan ‘Fit Amy’.

Menerusi entri terbaharu dalam Instagram, pemilik nama pentas, Rebel Wilson itu memberi inspirasi kepada ramai apabila tampil dengan fizikalnya yang semakin kurus.

Ramai dalam kalangan peminat yang sangat kagum dengan perubahan fizikal yang semestinya bukan datang bergolek.

Apa yang dicapainya memerlukan kerahan keringat dan keazaman minda yang kuat.

“Sejujurnya, anda merupakan inspirasi, anda sememangnya seorang yang cantik. Anda telah membukti kerja keras membuahkan hasil baik kepada terhadap status kesihatan.

“Saya pasti bukan satu perjalanan yang mudah dan malah, saya sendiri sedang melaluinya sekarang (proses menguruskan badan),” tulis seorang peminat dalam ruangan komen Instagram Rebel, 41.

Bagaimanapun, tidak semua orang berpuas hati dengan perubahan mendadak fizikal Rebel yang sebelum ini terkenal dengan lelucon bersahaja termasuk menerusi tubuh gempalnya dalam naskhah Pitch Perfect.

“Apa sudah jadi! Mana Rebel? Saya rasa dia kelihatan lebih cantik sebelum ini (waktu bertubuh gempal),” coret seorang netizen lain.

Komen tersebut mendapat tentangan daripada peminat setia pelakon kelahiran Sydney Australia itu yang rata-rata mempertahankan pilihan hidupnya untuk menjalani gaya hidup sihat dan berfizikal kurus.

“Orang mungkin berpandangan dia lebih cantik sebelum ini namun kini, dia lebih sihat dan cantik sekarang,” getus seorang peminat mempertahankan Rebel.

Rebel sebelum ini memaklumkan, dirinya terpaksa mengekalkan saiz badan gempal kerana kontraknya dengan produksi filem Pitch Perfect belum tamat.

Pada 2020, selepas kontraknya tamat dengan produksi filem berkenaan, dia bersungguh-sungguh menurunkan berat badan.

Sehingga kini, dia sudah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram (kg) iaitu dari berat badan lama (107kg) kepada berat sekarang, 75kg yang dicapai pada November 2020. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2021 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawanya bila dah kurus... Masa gem tu pun lawa gak la.. mmg dia lawa x kira gem atau kur pun..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Syabas...aku pun nak kurus jugak lah
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 10:09 AM | Show all posts
Lain sangat transformasi dia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
adele sudah, rebel wilson sudah
lizzo?
still crying?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 10:22 AM | Show all posts
peminat yg konon kata masa dia gemuk lebih cantik dan nak dia kekal gemuk tu selfish gila.
ingat mudah ke jd org gemuk ni? kesihatan tak bagus, saiz baju takda, bau badan, masalah self esteem n macam2 lagi. Belum lagi bab pasangan yach.. patut sokong lah dia. apoo la mat2 saleh ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2021 10:31 AM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 25-8-2021 10:12 AM
adele sudah, rebel wilson sudah
lizzo?
still crying?

tapi edele nampak muka tua bila kurus. masa dia gem dia nampak comel.. takpalah asalkan sihat...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 05:16 PM | Show all posts
aku lagi suka dia masa jadi fat amy...lagi comel dari fit amy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2021 05:48 PM | Show all posts
Si Nohaliza bila leh kurus??
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
I paling menyampah kalu tgk kat socmed org yg dari gemuk ke kurus, ada komen2 yg kata, masa gemuk lagi cantik…kejadahhh..pastu lagi 1 yg suka komen, bila kurus nampak tua…helloooo, biar lah orang tu ada kesedaran nak kurus n jaga kesihatan…
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 25-8-2021 07:22 PM
I paling menyampah kalu tgk kat socmed org yg dari gemuk ke kurus, ada komen2 yg kata, masa gemuk la ...

Mungkin yang tulis komen tu pun gems...dan masih belum berjaya dalam misi menguruskan badan. Jadi dia nak sedapkan hati dia, dia leave lah komen macam tu, dengan harapan lebih ramai manusia bersetuju yang fat is awesome.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah lainnya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Da lama jugak kan kurus pstu siap ada bf hot lg.. tup tup clash plak bf dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
miu84 replied at 25-8-2021 09:58 PM
Mungkin yang tulis komen tu pun gems...dan masih belum berjaya dalam misi menguruskan badan. Jadi  ...

Boleh jadi jgk tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 12:37 PM | Show all posts
alaaaaaa dah tak secomey dulu laaa pulak.. tapi ok laa utk kesihatan kan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2021 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa la dia bile dah kurus..time gemuk comel..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 04:29 PM | Show all posts
tahniah.. ingt senang ke nak kuruss... dah kurus nk maintain kuruss plak..
payahnya.. tu psl i x kurus2
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 04:59 PM | Show all posts
midori_katana replied at 25-8-2021 10:31 AM
tapi edele nampak muka tua bila kurus. masa dia gem dia nampak comel.. takpalah asalkan sihat...

last time aku nampak adele kat SNL kurus cengkung.nampak tak sihat
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
walaupun sheols lg lawa time fat tapi iols tetap sokong sheols kuruskan badan.. confident lg tinggi & kesihatan lg baik..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia jenis frame besar sbb tu 75kg tak nampak membulat. Dia tak tinggi pun kalau ikut standard western. Tahun lepas lagi dia start diet, bukan senang nak konsisten. Masa gem mmg nampak lagi comel tapi lagi elok ler kurus.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.069680 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list