CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1003|Reply: 1

[Pulau Pinang] Simpanan RM70,000 lesap

[Copy link]
Post time 24-8-2021 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Simpanan RM70,000 lesap[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 24, 2021 @ 11:50ambhnews@bh.com.my




BUTTERWORTH: Seorang wanita pekerja swasta kehilangan wang simpanan RM70,000 selepas diperdaya sindiket macau scam.

Mangsa, seorang wanita berusia 49 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang individu mendakwa pegawai sebuah syarikat telekomunikasi dengan memaklumkan kononnya dia mempunyai tunggakan cukai syarikat berjumlah RM1,188.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata panggilan mangsa kemudian disambungkan kepada individu lain yang mendakwa pula sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan menyatakan mangsa terbabit dengan kes penggubalan wang haram.

"Mangsa yang panik telah mengikut arahan supaya tidak memaklumkan perkara itu kepada sesiapa dan diminta menyerahkan maklumat akaun dan kod verifikasi (TAC atau OTP) bagi siasatan lanjut.

"Selepas itu mangsa dapati wang dalam akaun bank miliknya telah berkurangan melalui transaksi yang dipercayai dilakukan oleh suspek.
"Mangsa juga telah pindah separuh wang miliknya ke akaun bank lain dengan mempercayai ia adalah untuk tujuan siasatan yang secara keseluruhannya sebanyak RM70,000 sebelum sedar dirinya terperangkap dalam penipuan sindiket Macau Scam," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Jelasnya, mangsa membuat laporan polis semalam.

"Polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap nombor akaun bank suspek.

"Kita menasihatkan orang awam supaya berwaspada dan tidak mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon kerana polis tidak pernah berurusan dengan orang awam melalui telefon dan meminta maklumat perbankan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
70k wehhhhh
mana nak carik duit banyak2 tu diusia hampir senja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.367137 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list