CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 679|Reply: 0

[Kedah] LADA perkenal sijil pematuhan SOP

[Copy link]
Post time 23-8-2021 12:54 PM | Show all posts |Read mode
LADA perkenal sijil pematuhan SOP[size=0.8]Oleh Hamzah Osman - Ogos 23, 2021 @ 12:41pmbhnews@bh.com.my


Kakitangan melakukan sanitasi di kaunter Bayview Hotel Langkawi. - Foto NSTP/HAMZAH OSMAN





LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) memperkenal Sijil Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19, sebagai langkah proaktif memastikan produk pelancongan mematuhi SOP tahap tertinggi, sebaik gelembung pelancongan dibuka.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib, berkata ini bertujuan mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan pelancong di Langkawi, destinasi perintis gelembung pelancongan.

Katanya, program pensijilan secara sukarela itu membabitkan enam segmen yang berkaitan rapat dengan industri pelancongan.
"Antara segmen itu termasuk hotel dan resort, makan dan minum, penginapan, peruncitan, ejen pelancongan dan tempat tarikan pelancong.

"Ini diterajui LADA degan kerjasama Akademi Pelancongan Langkawi, Majlis Keselamatan Negara dan pelbagai agensi lain," katanya ketika merasmikan Kursus CERIA (COVID-19 SOP Education and Risk Assessement) secara dalam talian di sini, hari ini.

Nasaruddin berkata, antara syarat utama program pensijilan ialah semua pekerja di produk pelancongan perlu lengkap dua dos vaksin COVID-19.

"Selain itu, produk pelancongan terbabit perlu mempunyai sekurang-kurang seorang pekerja mengikuti kursus CERIA yang dikendalikan secara dalam talian.
"Kita menyasarkan 800 peserta mewakili enam segmen pelancongan menyertai kursus itu yang bakal dianjurkan sebanyak enam siri," katanya.
Beliau berkata, pensijilan itu satu langkah di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan Langkawi 2021-2022.
"Usaha ini mampu meningkatkan kesedaran kepada pemilik produk pelancongan terhadap pematuhan SOP COVID-19 dan seterusnya meningkatkan keyakinan pelancong untuk berkunjung ke Langkawi," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.129145 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list