View: 1735|Reply: 4
|
Terima mas kahwin RM306,609, Lesti kini milik Rizky
[Copy link]
|
|
PELAKON Rizky Billar selamat nikahi Lesti Kejora selamat bernikah hari ini.
Terima mas kahwin RM306,609, Lesti kini milik Rizky
JAKARTA – Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi terkenal Indonesia, Lesti Kejora sah bergelar isteri kepada pasangannya yang juga pelakon sinetron, Rizky Billar hari ini.
Lesty dinikahkan sendiri oleh bapanya, Endang Mulyana disaksikan keluarga oleh kedua-dua belah pihak.
Dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Intercontinental, Pondok Indah, Jakarta Selatan mengikut protokol kesihatan yang ketat tersebut, Rizky menyerahkan mas kahwin sebanyak AS$72,300 (RM306,609) kepada Lesty.
Menurut laporan, awalnya, Rizky bercadang untuk memberikan mas kahwin berjumlah 2 miliar rupiah (RM587,663), namun wang yang telah disiapkan telah terpakai untuk membeli pelbagai perbelanjaan.
“Tapi tidak mengapa. Angka 72,300 itu juga mempunyai maksud tersendiri kerana kalau ikut perancangan asal, kami sepatutnya bernikah pada 23 Julai lalu,” kata Rizky.
Ketika disatukan sebagai suami isteri, kedua-dua pasangan pengantin baharu itu dilihat lengkap berpakaian adat Sunda berona pic (peach). Pasangan diraikan dengan kehadiran sekitar 30 orang tetamu.
Terdahulu, Rizky dan Lesti pada awalnya bercadang untuk disatukan sebagai suami isteri pada 4 Julai 2021, namun terpaksa ditangguhkan ekoran berlaku lonjakan kes positif Covid-19 di Indonesia.
Pasangan itu kemudiannya menunda tarikh tersebut pada 23 Julai 2021, namun sekali lagi terpaksa ditunda selepas kerajaan melaksanakan perintah sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) Darurat. -K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah, semoga berbahagia |
|
|
|
|
|
|
|
lawa pula baju pengantin kalau kaka pakai pitam kepala |
|
|
|
|
|
|
|
Ehhhhh!!! Iols tgok dua org ni dlm rncgn agama tasbih indonesia tu..tp time tu llaki ni jemputan.. n bila llaki ni mcm main pick up line ppuan ni gelak2 ala2 mcm xkenal lg..mcm abg2 gitu je dia layan..
Ke dr situ jd kenal..ntah la..tp mmg xsngka..tahniah la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah dede Dan kak billar. Gittew I jadi org Indonesia yach. I mmg follow dapat dua org ni lepas ex bf lesti nikah org lain once dorang breakup dulu. Sweet je dia orang ni. SSemogakekal hingga ke jannah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|