CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1474|Reply: 2

Peminat doakan Emma Maembong kembali bertudung

[Copy link]
Post time 19-8-2021 11:09 AM | Show all posts |Read mode

TIDAK melenting, Emma menjawab dengan baik doa daripada seorang peminatnya yang berharap agar dia kembali memakai tudung suatu hari nanti.

Peminat doakan Emma Maembong kembali bertudung

SEJAK minggu lalu, hampir setiap hari pasti ada sahaja berita tentang selebriti wanita tanah air mula bertudung.

Ada yang menjadikan 1 Muharam sebagai titik perubahan, tidak kurang juga yang menjadikan kisah pemergian Siti Sarah sebagai inspirasi untuk berubah.

Antara pelakon yang sudah mula bertudung ialah Izara Aishah dan Siti Elizad. Memang sejuk mata melihat penampilan terbaharu mereka.

Ketika ramai memuji kedua-dua pelakon itu, Emma Maembong juga turut terkena tempias yang sama.

Dalam satu perkongsian InstaStory, ada netizen yang mendoakan supaya hati Emma terbuka untuk kembali bertudung semula.

“Semoga Kak Emma terbuka hati untuk berhijab kembali. Sayang awak,” tulis netizen berkenaan.

Tidak melenting mahupun mengiyakan, Emma membalas: “Amin, terima kasih. Sayang awak juga.”

Malah, dia juga turut memuat naik foto lamanya yang manis berhijab.

Semoga apa yang dihajatkan oleh netizen tersebut akan tertunai satu hari nanti. Semoga termakbul doa itu ya Emma.

MIZZ LAHAR: Kes saman Siti Nordiana dengan lima sekawan baru bermula, muncul pula kemelut Che Ta dan Diva AA. Tahun ini memang banyak dugaan ya.


Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
MIZZ LAHAR: Kes saman Siti Nordiana dengan lima sekawan baru bermula, muncul pula kemelut Che Ta dan Diva AA. Tahun ini memang banyak dugaan ya.

Dah deme cari dugaan tu sendiri acanerrrrr


untuk tak ot,
suka ko laa kembong. dah tua bangka kan. kalau nak pakai tudung balik pun, alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
hehe pada Aku dia free hair nampak lagi lawaaa .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.688219 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list