CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Catpaw

Berbelanja Istimewa kepada Ahli Keluarga pada Hari Asyura 10 Muharam.

  [Copy link]
 Author| Post time 19-8-2021 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kupucandy replied at 18-8-2021 04:57 PM
In Shaa Allah, trima kasih mod… kiranya klau puasa 9 Muharam kena buat skali 10 Muharam kan? 11 M ...

Begini, kita nak puasa 10 Muharam yang utama, tapi disebabkan yahudi pun beraya pada tarikh tu, jadi nabi pun puasa 9Muharam juga. Jadi puasa pada 9 dan 10 Muharam. Andai kata kita terlepas yang 9 Muharam tu, kita dianjurkan puasa 10 dan 11 Muharam.
Ni yg saya faham la. Tapi kalau tak buat pun takpa, buat sangat dianjurkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2021 01:09 AM | Show all posts


@kupucandy

Antara amalan soleh yang dianjurkan oleh Nabi SAW dalam bulan ini ialah berpuasa sunat. Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Sebaik-baik puasa setelah bulan Ramadan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharam dan sesungguhnya solat yang paling afdal setelah solat fardu adalah solat malam ‘qiamullail’ (Riwayat Abu Daud: no.2429)

Seterusnya, terdapat hadis khusus yang menganjurkan berpuasa pada 10 Muharam dengan menyatakan kelebihan iaitu “Berpuasa pada hari Asyura, sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. (Riwayat Ibn Majah: no.1738).

Selain itu, Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Rasulullah SAW datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Lalu baginda berkata: “Apakah ini?”. Mereka pun menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut. Lalu baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu”. Maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu” (Riwayat al-Bukhari: no.2004).

Hadis di atas menunjukkan bahawa puasa pada hari ‘asyura adalah sunat dari sudut hukum dan sangat dianjurkan kepada umat Nabi SAW.

Walaupun dianjurkan berpuasa pada 10 Muharam, sangat dianjurkan untuk diiringi dengan berpuasa pada hari sebelum atau selepas untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharam.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya” (Riwayat Ahmad: no.2154).

Kaedah melaksanakan puasa Asyura telah dijelaskan oleh para ulama kepada tiga iaitu pertama; berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya. Kedua; berpuasa pada 10 Muharam secara tunggal. Ketiga; berpuasa sehari dan selepasnya.

Ibn Qayyim al-Jauziyyah menjelaskan dengan kaedah iaitu pertama; berpuasa pada hari sebelumnya dan juga hari selepasnya. Kedua; berpuasa pada 9 (tasu’a) dan 10 (Asyura) Muharram sahaja. Ketiga; berpuasa pada 10 Muharram sahaja (Zaad al-Ma’ad: 2/72).

Demikianlah disunatkan berpuasa sunat pada hari ‘Asyura dengan diiringi berpuasa pada 9 Muharram atau pada 11 Muharram untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi.

Rebutlah peluang beramal soleh seperti solat sunat, puasa sunat, baca al-Quran, berzikir, bersedekah dan sebagainya di dalam bulan Muharram kerana dijanjikan oleh Allah SWT keampunan dan pahala yang besar.

DR. AZRI BHARI, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),  UiTM, Shah Alam, Selangor


https://www.utusan.com.my/nasion ... yura-bulan-muharam/
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 19-8-2021 01:09 AM
@kupucandy

Antara amalan soleh yang dianjurkan oleh Nabi SAW dalam bulan ini ialah berpuasa s ...

In Shaa Allah… trima kasih atas penerangan mod, semoga ALLAH permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita semua aamiin aamiin aamiin Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim…
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 11:00 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2021 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kupucandy replied at 18-8-2021 05:24 PM
In Shaa Allah… trima kasih atas penerangan mod, semoga ALLAH permudahkan segala urusan dunia dan  ...

Amin amin, sama2 raikan hari Asyura
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2021 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
midori_katana replied at 19-8-2021 03:00 AM

T. kasih kongsi info ni, banyak benda lagi nak kena belajar ni hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2021 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, thanks mod for sharing. Antara amalam sunat juga d hr ini adalah membaca Quran, berselawat ke atas Rasulullah, berzikir Hasballah 70x, membaca ayatul kursi 360 kali dgn dimulakan dgn Bismillah setiap kali dan membaca surah Al Ikhlas 1,000 kali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 19-8-2021 04:12 AM
Alhamdulillah, thanks mod for sharing. Antara amalam sunat juga d hr ini adalah membaca Quran, berse ...

Alhamdulillah, t. kasih berkongsi schehe. Banyak amalan istimewa bulan Muharam ni kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 19-8-2021 12:28 PM
Alhamdulillah, t. kasih berkongsi schehe. Banyak amalan istimewa bulan Muharam ni kan

Sama2 mod. Iye mod, kita buat apa yg kita mampu. Selain tu, sunat juga kita potong kuku, mandi dan memakai wangian hr ni. Semoga usaha kita dlm beribadah diterimaNya, aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur skrg ni serba mudah, wlpn duduk jauh, boleh je nak belanja family di kg. Foodpanda, grab dan sbg.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
makiting replied at 19-8-2021 12:52 AM
Solat Sunat Asyura

Pada hari Asyura, disunatkan bersolat empat (4) raka’at dengan dua salam.

Wow tq sharing info ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 19-8-2021 01:02 AM
Begini, kita nak puasa 10 Muharam yang utama, tapi disebabkan yahudi pun beraya pada tarikh tu, ja ...

Ye betul tu..nak puasa sehari je pun boleh..nak puasa 2 boleh, paling balik 9-11 Muharram..x puasa pun xde masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
bersedekah ikut kemampuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2021 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 19-8-2021 05:03 AM
Sama2 mod. Iye mod, kita buat apa yg kita mampu. Selain tu, sunat juga kita potong kuku, mandi dan ...

Tq tq, amin amin yarobbalalamin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2021 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cucutokwan89 replied at 19-8-2021 05:55 AM
Mujur skrg ni serba mudah, wlpn duduk jauh, boleh je nak belanja family di kg. Foodpanda, grab dan s ...

Kan, sama2 niat amalkan untum redaNya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2021 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
None68 replied at 19-8-2021 06:04 AM
Ye betul tu..nak puasa sehari je pun boleh..nak puasa 2 boleh, paling balik 9-11 Muharram..x puasa ...

Sebaiknya berpuasa bagi yang mampu, sebab fadhilatnya besar. Sama2 kita kongsi maklumat, mana tahu ada jalan kebaikan lain terbuka untuk kita semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2021 06:42 PM | Show all posts
makiting replied at 18-8-2021 04:52 PM
Solat Sunat Asyura

Pada hari Asyura, disunatkan bersolat empat (4) raka’at dengan dua salam.



Tq tq, bagus kongsi sama2, kita tak tahu mana yg dapat reda Dia. Buat je la apa2 kebaikan yang tiba2 terlintas di hati.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
None68 replied at 19-8-2021 02:04 PM
Ye betul tu..nak puasa sehari je pun boleh..nak puasa 2 boleh, paling balik 9-11 Muharram..x puasa ...

Seronok tgk ramai puasa harini. Meols xdpt puasa pula huhu tp xpelah ambil berkat sedekah je..

Terima kasih TT utk reminder ya
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
MoneyMatters replied at 19-8-2021 06:44 PM
Seronok tgk ramai puasa harini. Meols xdpt puasa pula huhu tp xpelah ambil berkat sedekah je..

...

Alhamdulillah..buat yg kita mampu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
terima kasih atas perkongsian....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.529853 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list